Sahabat Ar Rahnu
Skim SAR merupakan perkhidmatan pembiayaan mikrokredit tambahan kepada skim pembiayaan yang sedia ada bertujuan membantu masyarakat terutama kepada anggota semasa kesempitan wang dengan memberi hutang bercagar menurut landasan hukum syariah.
Pembiayaan
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) menawarkan pelbagai produk Pembiayaan kepada Anggota untuk memenuhi pelbagai keperluan dengan kadar keuntungan yang kompetetif.
Pembangunan Hartanah
Koop Sahabat ingin menjadi salah satu pembangunan hartanah mampu milik di seluruh Malaysia.
Bangunan Komersial
Salah satu pelaburan Koop Sahabat adalah pemilikan hartanah yang mana tujuan utama adalah untuk dijadikan sebagai sewaan ruang pejabat, lot kedai
Perbendaharaan
Koop Sahabat komited untuk terus mencapai pendapatan yang teguh serta memberikan pulangan yang tinggi dan seterusnya dapat menyumbang kepada matlamat keseluruhan Koop Sahabat
Pemborongan Ayam & Daging
Koop Sahabat mengambil mengambil inisiatif dengan menceburi bidang perniagaan import & eksport bagi mengembangkan portfolio yang sedia ada disamping meningkatkan pendapatan Koop Sahabat serta memberikan pulangan yang lumayan kepada anggotanya.
Duta Beautee
Penambahan perniagaan yang dinamik oleh Koop Sahabat ialah pengeluaran produk kosmetik dengan penjenamaan sendiri adalah salah satu peningkatan portfolio Koop Sahabat menerusi peruncitan.
Klinik Sahabat
Klinik Sahabat merupakan klinik pertama yang telah dibuka melalui usahasama di antara Koop Sahabat dan Prove Medic Sdn Bhd. Lokasi cawangan pertama Klinik Sahabat yang terletak di Taman Keramat Permai merupakan kawasan tumpuan yang strategik sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan.
Wafer Emas
Wafer Emas edisi 8 tahun Koop Sahabat telah dilancarkan pada Januari 2021 sebagai satu medium penyimpanan dan pelaburan emas dengan harga mampu milik kepada semua anggota Koop Sahabat khususnya dan orang awam secara amnya.