Pemborongan Ayam & Daging

PEMBANGUNAN PERNIAGAAN IMPORT BEKALAN BAHAN MENTAH AYAM BULAT, KERATAN DAGING, AYAM & KAMBING

  • Koop Sahabat komited untuk terus mencapai pendapatan yang teguh serta memberikan pulangan yang tinggi dan seterusnya dapat menyumbang kepada matlamat keseluruhan Koop Sahabat. Perniagaan pemborongan daging import telah dimulakan pada bulan Ogos 2020 apabila permohonan lesen mengimport 2020 (Approve Permit) telah diberikan oleh Jabatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) tanpa had kuantiti.
  • Lesen ini adalah khusus untuk Koop Sahabat mengimport daging lembu dan kambing dari 11 negara pengeluar seperti Australia, New Zealand, Jepun, Pakistan, India dan sebagainya untuk dibawa masuk ke Malaysia sebagai memenuhi permintaan industri makanan yang kekurangan bekalan daging mentah. Secara amnya, Koop Sahabat memainkan peranan sebagai pengimport daging secara terus daripada pengeluar tanpa orang tengah dan ini juga secara tidak langsung dapat memastikan status daging yang dibekalkan kepada pasaran domestik adalah menepati piawaian Halal.
  • Perniagaan ini dikendalikan oleh Seksyen Peruncitan dibawah seliaan Jabatan Pembangunan Perniagaan. Bermula Ogos 2020 sehingga akhir tahun 2022 sebanyak 48 buah kontena daging kerbau dan kambing telah dibawa masuk dan di agihkan kepada pemborong antaranya adalah merupakan pelanggan tetap Koop Sahabat dari pelbagai Negeri.
  • Melangkah ke tahun 2023, Koop Sahabat optimis untuk menambahbaik strategi perniagaan dari sudut implementasi dalam tindakan utama agar mencapai matlamat secara optimum dengan panambahan kelulusan permit mengimport ayam bulat dan keratan ayam secara terbuka tanpa had oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dibawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (MAFS).