
Sahabat Ar Rahnu
Skim SAR merupakan perkhidmatan pembiayaan mikrokredit tambahan kepada skim pembiayaan yang sedia ada bertujuan membantu masyarakat terutama kepada anggota semasa kesempitan wang dengan memberi hutang bercagar menurut landasan hukum syariah.
Pembiayaan
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) menawarkan pelbagai produk Pembiayaan kepada Anggota untuk memenuhi pelbagai keperluan dengan kadar keuntungan yang kompetetif.


i-Gold Personal Account (i-GPA)
i-GPA adalah merupakan perniagaan yang baru diceburi oleh Koop Sahabat bagi memperkenal akaun emas digital patuh syariah hasil kolaborasi bersama KAB Goldynamic Sdn Bhd.
Produk akaun emas atas talian yang memberikan kemudahan kepada orang awam dan Anggota Koop Sahabat khasnya untuk membeli emas berketulenan 999.9 yang diperuntukkan (allocated) untuk dibeli secara pemilikan bersama tanpa perlu menyimpan sendiri emas fizikal tersebut atau bimbang dengan keselamatan emas semasa menyimpannya.