Integriti & Governans

PENGENALAN

Unit Integriti & Governans Koop Sahabat (UIGKS) ditubuhkan pada 1 April 2022 bertujuan untuk menunjukkan kesediaan Koop Sahabat untuk menjadi sebuah organisasi bebas rasuah dengan mendukung Lima (5) Prinsip Antirasuah bagi syarikat-syarikat di Malaysia.

Selain itu, UIGKS juga berperanan untuk memastikan semua warga kerja Koop Sahabat menolak dengan sekeras-kerasnya segala bentuk jenayah rasuah sekali gus hal ini akan mewujudkan budaya kerja berintegriti di Koop Sahabat.

UIGKS juga berfungsi untuk memantapkan integriti dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman berkaitan isu-isu integriti dan governans dalam kalangan warga kerja Koop Sahabat. Secara tidak langsung hal ini dapat melahirkan warga kerja yang tegas, amanah dan berdedikasi dalam menjalankan tugasan harian.

IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)

(Corruption Free Pledge)

  

Saya, ………………………………..…………………………………………. No. Kad Pengenalan: ………………………… adalah dengan sesungguhnya dan suci hati berikrar bahawa sepanjang perkhidmatan saya dengan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad,:

  • Saya akan mematuhi sepenuhnya undang-undang, peraturan, prosedur serta dasar-dasar negara yang berkaitan dengan pencegahan jenayah rasuah dan salah guna kuasa;
  • Saya akan membenci dan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam mencegah sebarang perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa;
  • Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan mana-mana pihak yang berurusan dengan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad;
  • Saya akan memastikan kakitangan-kakitangan di bawah seliaan saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa dalam apa-apa jua urusan berkaitan dengan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad; dan
  • Saya akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan seberapa segera, sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan saya atau kakitangan-kakitangan di bawah seliaan saya.