One Stop Centre (OSC)

PENGENALAN

Sahabat Ar Rahnu Koop Sahabat berfungsi sebagai Pusat Sehenti atau “One Stop Centre (OSC)” yang diwujudkan bagi memastikan pelaksanaan dan penambahbaikan kaedah penyampaian kepada Anggota dan Pelanggan seperti berikut;

  • Penyampaian maklumat dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan komprehensif demi meningkatkan keyakinan pada pemegang taruh, khususnya anggota dan bakal anggota Koperasi Sahabat.
  • Memberikan pengalaman berurusan yang terbaik kepada anggota dan pelanggan Koop Sahabat.
  • Meransang pertumbuhan ekonomi Koperasi Sahabat.
  • Menjimatkan masa berurusan pelanggan dan bakal pelanggan dalam mendapatkan khidmat nasihat atau menikmati faedah sebagai anggota.
  • Menawarkan kepelbagaian khidmat dan produk kepada anggota dan pelanggan khususnya produk pembiyaan selain dari Ar Rahnu dan Produk kebajikan anggota.

Pelaksanaan One Stop Centre ini adalah sebagai hala cara baru atau pemudah cara bagi anggota dan Pelanggan berurusan secara terus dengan Koop Sahabat tanpa hadir ke Ibu Pejabat. Sehingga 31 Disember 2022, Koop Sahabat telah mempunyai sebanyak 29 buah Cawangan Ar Rahnu yang sekaligus akan bertindak dan memainkan peranan sebagai OSC.

Koop Sahabat amat komited dalam memberikan pengalaman urusan yang terbaik kepada semua anggota dan bakal anggota Koop Sahabat. Koop sahabat juga sedang berusaha untuk menambah jumlah OSC kepada sekurang-kurangya 42 buah menjelang tahun 2024.