Keselamatan & Kesihatan

Pendahuluan

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan  Koop Sahabat (JKKPKS) telah ditubuhkan pada 30hb November 2022 setelah mendapat keluluskan daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Risiko Koop Sahabat. Diketua oleh Pengerusi dan dibantu oleh Setiausah merangkap Koordinator  Keselamatan dan Kesihatan Koop Sahabat (Orang Yang Kompeten) dan dianggotai oleh 4 wakil Majikan dan 4 org Wakil Pekerja sesi 2023/2024.

Info Ringkas:

Penubuhan J/K KKP adalah dinyatakan dalam Seksyen 30 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Subseksyen 30 (1) menghendaki majikan menubuhkan J/K KKP di tempat kerja jika:

      1. Mempunyai bilangan pekerja seramai 40 orang atau lebih; atau
      2. Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengarahkan penubuhan sedemikian di tempat kerja disebabkan tempat kerja tersebut berisiko tinggi terhadap keselamatan dan kesihatan. Ketua pengarah yang dimaksudkan ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  1. Tujuan Penubuhan J/K KKP Tujuan utama J/K KKP ditubuhkan iaitu
    1. Sebagai landasan untuk mewujudkan kerjasama antara majikan dan pekerja bagi menggalakan dan membangunkan langkah – langkah dalam meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sejajar dengan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang bercirikan pengaturan kendiri.
    2. Sebagai saluran untuk perhubungan 2 hala untuk meyebarkan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan dan
    3. Meningkatkan minat kepada pihak majikan dan pekerja dalam hal berkaitan keselamatan dan kesihatan
  2. Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
  • Fungsi J/K KKP disenaraikan dalam Seksyen 31 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan diterangkan dalam Peraturan – Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996. Fungsi fungsi tersebut ialah:
      1. Berkerjasama dengan pihak majikan dalam mengembangkan peraturan dan system keselamatan dan kesihatan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dan sesiapa yang berada di tempat kerja adalah terjamin.
      2. Bekerjasama dengan pihak majikan dan mengkaji semula sistem keselamatan dan kesihatan untuk mengetahui keberkesanan program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
      3. Meneliti dan menganalisa trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja. Hasil analisa tersebut, semua keadaan atau amalan yang tidak selamat perlu selamat perlu dilaporkan kepada pihak majikan bersama dengan cadangan penambahbaikan.
      4. Polisi Keselamatan dan Kesihatan – Mengkaji semula polisi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta membuat cadangan kepada majikan bagi sebarang penyemakkan polisi tersebut. Penyemakkan polisi perlu dibuat apabila proses kerja berubah , hazard di tempat kerja berubah dan perubahan majikan. Setiap polisi yang sah apabila ia mempunyai ciri – ciri berikut;
        • Ditandatangani oleh majikan semasa
        • Tarikh ia tandatangani
        • Dikongsi dengan pekerja
        • Dipamerkan di tempat yang sering dikunjungi pekerja
      5. Pemeriksaan Di tempat Kerja – Melakukan pemeriksaan untuk memastikan ianya selamat. Tujuan pemeriksaan mengenalpasti hazad untuk mencegah kemalangan dan dapat menilai keberkesanan program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Pemeriksaan perlu dibuat sekurang – kurangnya 3 bulan sekali. Kekerapan bergantung kepada:
        • Bilangan dan saiz operasi organisasi
        • Jenis peralatan dan proses kerja – tempat kerja yang mempunyai proses yang berisiko tinggi kepada keselamatan dan kesihatan memerlukan pemeriksaan yang kerap.
      6. Audit Keselamatan – Melakukan audit keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sekerap yang boleh dan paling minima ialah setahun sekali.
      7. Melakukan penyiasatan apa- apa kemalangan di tempat kerja
        • J/K KKP perlu memeriksa tempat kerja sebeberapa segera apa-apa notifikasi kemalangan, keadaan merbahaya, keracunan atau penyakit pekerjaan yang berlaku. Semua laporan penyiasatan dan cadangan penambahbaikan perlu dikemukakan kepada majikan atau pengurus yang diberi kuasa untuk tindakan. Laporan ini perlu disimpan di tempat kerja selama 7 tahun
      8. Penyiasatan Aduan – Pekerja boleh membuat aduan berkenaan keselamatan dan kesihatan kepada J/K KKP. Apabila menerima aduan J/K KKP perlu
        • Menyiasat aduan
        • Menyediakan satu laporan berkaitan aduan tersebut
        • Membuat cadangan untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko. Pihak majikan mesti mengambil tindakan setelah menerima laporan aduan dengan mengimplementasikan cadangan yang dinyatakan. Sekiranya majikan tidak boleh berbuat demikian, majikan perlu memberi sebab kepada J/K KKP. Sekiranya J/K KKP tidak bersetuju, J/K KKP boleh memohon Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menjalankan siasatan.
      9. Bantuan Kepada Majikan – J/K KKP harus membantu majikan dalam sebarang pertandingan / program berkaitan keselamatan dan kesihatan seperti berikut:
        • Kempen Keselamatan
        • Pertandingan Poster
        • Anugerah Keselamatan dan Kesihatan
        • Pamiran Peringkat Negeri dan sebagainya
        • Rujukan JKK dalam melaksanakan fungsinya :
          • Laporan berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang dikemukakan oleh pegawai keselamatan dan kesihatan atau pegawai yang dilantik.
          • Laporan audit keselamatan yang dikemukakan oleh juru audit keselamatan dan kesihatan.
          • Laporan dari agensi – agensi kerajaan yang lain yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja seperti DOSH, NIOSH, MIOSH, dan lain –lain.
          • Perkara – perkara berkaitan dengan keselamatan & kesihatan di tempat kerja.