Sahabat Ar Rahnu

Skim SAR merupakan perkhidmatan pembiayaan mikrokredit tambahan kepada skim pembiayaan yang sedia ada bertujuan membantu masyarakat terutama Anggota semasa kesempitan wang dengan memberi hutang bercagar menurut landasan hukum syariah dan merupakan usaha murni yang bermatlamat memberi peluang bermuamalah berlandaskan syariat kepada umat Islam yang mementingkan aspek halal di dalam urusniaga selain dari memberikan alternatif kepada masyarakat bagi memenuhi tuntutan kewangan untuk kegunaan peribadi dalam jangkamasa pendek

Pembiayaan Ar Rahnu adalah kemudahan patuh Syariah yang menggunapakai barangan emas sebagai cagaran bagi menjamin obligasi keterhutangan. Tempoh dan kadar keuntungan ditentukan terlebih dahulu dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak iaitu Sahabat Ar Rahnu (SAR) dan pelanggan.

  • Kemudahan Pembiayaan Ar Rahnu ini adalah berasaskan Kontrak Bai’ Murabahah secara Tawarruq yang mana :
    i.   Pelanggan akan membeli komoditi melalui SAR pada Harga Jualan (Harga Kos + Keuntungan) dan bayaran akan dibuat secara tangguh.     
    ii.  Pelanggan kemudiannya akan menjual komoditi yang telah dibeli kepada pihak ketiga melalui SAR sebagai wakil Pembeli Komoditi secara tunai yang
         bersamaan dengan Jumlah Pembiayaan yang diberikan kepada Pelanggan.     
    iii. Proses pembelian dan penjualan komoditi ini adalah melalui platform Bursa Suq Al Sila’ (BSAS).
  • Pelanggan akan mencagarkan emas iaitu Aset Gadaian sebagai sekuriti kepada SAR berasaskan kontrak Ar Rahn (gadaian) selepas transaksi Tawarruq disempurnakan dan SAR berhak melelong Aset Gadaian tersebut jika Pelanggan gagal melunaskan pembiayaannya.
  • SAR akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Aset Gadaian di bawah simpanan SAR dan akan memulangkan Aset Gadaian tersebut kepada Pelanggan setelah pembayaran penuh pembiayaan dibuat.
  • Fi Wakalah sebanyak RM1.05 / transaksi akan dicajkan kepada perlantikan pihak Koop Sahabat sebagai pelanggan bagi kos ejen pedagang komoditi (jual beli komoditi) dengan pihak ketiga.
  • Cepat,Mudah dan Selamat
  • Bebas Dari CCRIS & CTOS
  • Bebas `Riba`
  • Tiada Yuran Proses
  • 12 Bulan Tempoh Gadaian
  • Menerima Pelbagai Jenis Mutu Dan Bentuk Emas
  • Menerima pembayaran balik pinjaman secara Ansuran
  • Lebihan Lelongan Dikembalikan
  • Terbuka kepada anggota dan bukan anggota
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemegang passport warga asing yang layak
  • Hadir sendiri dan membawa pengenalan diri bergambar
  • Cagaran emas sahaja dan adalah hak milik sendiri
  • Berakal dan tidak berada dalam ketagihan dadah atau apa-apa yang memabukkan semasa urusniaga
  • Alamat dan maklumat terkini
  • Penggadai adalah dibenarkan untuk menggadai semula barang gadaian yang sama dengan syarat pembiayaan dan upah simpan yang lama dijelaskan secara pelarasan dengan pembiayaan baru. Jumlah pembiayaan baru adalah bergantung kepada nilai marhum semasa.
  • Atau mengurang / menambah bilangan item gadaian maka penebusan perlu dilakukan dan penggadai perlu melakukan gadaian semula
  • Margin pembiayaan sehingga 80% dari nilai emas semasa;
  • Had pembiayaan harian tidak melebihi RM150,000.00;
  • Jumlah pembiayaan terkumpul keseluruhan bagi seseorang penggadai tidak adalah sehingga RM300,000.00
  • Kadar Keuntungan dikira berdasarkan jumlah pembiayaan dan tempoh bilangan bulan gadaian ditebus.
  • Kadar keuntungan adalah seperti berikut :-
 Nilai Marhun (RM)Kadar Keuntungan
Kadar Keuntungan Anggota (RM)Kadar Keuntungan Bukan Anggota (RM)
1.00 – 400.001.101.15
401.00 – 2,000.001.251.30
2,000.01 dan ke atas1.401.45

Pengiraan Kadar Keuntungan :

Jumlah Pembiayaan X Kadar Keuntungan X Tempoh Pembiayaan
100

Jumlah Pembiayaan + Jumlah Keuntungan = Harga Jualan Komoditi

Ilustrasi :

Harga Jualan
Nilai Aset Gadaian  : RM4,000.00
Jum. Pembiayaan   : RM3,200.00
Kadar Keuntungan : RM1.45
Tempoh                  : 12 bulan

Cara Pengiraan
Kadar Keuntungan = RM3,200.00 x RM1.45 x 12 bulan
                                  100
                               = RM556.80

Harga Jualan = Jumlah Pembiayaan + Kadar Keuntungan
                      = RM3,200.00 + RM556.80
                      = RM3,756.80

Ibra’ (Rebat)

Ibra’ akan diberikan ke atas perbezaan di antara Harga Jualan dengan bayaran yang perlu dijelaskan oleh pelanggan berdasarkan tempoh gadaian selepas penyelesaian penuh kemudahan dan penebusan Aset Gadaian dibuat.

Pengiraan Rebat
= Jumlah Keuntungan – Keuntungan Telah Dibayar

Cagaran emas yang diterima (Marhun)
Barang Kemas 999 , 916 , 900 , 835 , 750
Syiling Emas (0.5gm sehingga 50gm)
Wafer Emas (0.5gm sehingga 50gm)
Barang Kemas yang mempunyai batu permata (Tertakluk pada terma dan syarat)

Lain-Lain Perkhidmatan Yang Ditawarkan

1. Perkhidmatan Simpanan Barang Kemas

Pengiraan upah simpan adalah seperti berikut :

                                                KategoriKadar Upah Simpan (RM)
AnggotaRM0.15 / RM100.00
Bukan AnggotaRM0.35 / RM100.00

Contoh Pengiraan :

Situasi 1 : Bukan Anggota
Cara pengiraan
Nilai Semasa X  Kadar Upah Simpan  X Tempoh                                 
   100                                 
1,626.40  X  0.35  X  3 bulan                                 
   100                                 
= RM17.10 

Situasi 2 : Anggota
Cara pengiraan       
Nilai Semasa X  Kadar Keuntungan  X Tempoh                                   
   100                                 
 = 1,626.40   X  0.15  X  3 bulan                                   
    100                                                              
= RM7.30

2. Perkhidmatan Cucian Emas

Caj yang dikenakan bagi cucian barang kemas adalah RM3.00/item.

3. Jualan Wafer/Barang Kemas

Rekod penjualan wafer/barang kemas berdasarkan harga semasa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

4. Keanggotaan dan Koop Care