Pelaburan hartanah Strategik

Expressionz Professional Suite di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Expressionz Professional Suite yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur merupakan kediaman mewah yang menawarkan penginapan kehidupan kosmopolitan di Kuala Lumpur. Lokasi yang sangat strategik serta berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa, Perpustakaan Negara, Istana Budaya, Hospital Pusrawi, bangunan Bernama dan Instisuti Jantung Negara.  Terdapat dua pilihan unit yang ditawarkan oleh Expressionz Professional Suite yang dimiliki oleh Koop Sahabat iaitu Premium Suite (Suite 1 Bilik) dan Expressionz Suite (Suite 2 Bilik). Mempunyai sebuah kolam renang infiniti yang terletak di tingkat 48 yang boleh melihat keindahan permandangan 360 darjah Kuala Lumpur dan kawasan Tasik Titiwangsa yang menakjubkan selain sebuah kolam renang biasa dan kanak-kanak di tingkat 8. Selain daripada itu Expression Professional Suite mempunyai kemudahan yang lengkap pada setiap unit-unit suite milik Koop Sahabat seperti dapur yang serba lengkap dengan ketuhar, peti sejuk, mesin basuh berserta pengering, seterika berserta papan seterika, TV skrin rata, penghawa dingin di setiap ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur, bilik mandi peribadi dengan tab mandi, pengering rambut dan peralatan mandian percuma.

Tamu Suite di Kampung Bahru, Kuala Lumpur

Tamu Suite juga merupakan kediaman mewah yang terletak di dalam Hotel Tamu & Suite di Kampung Bahru, Kuala Lumpur. Terletak di tengah pusat bandar Kuala Lumpur, Tamu Suite boleh dihubungkan ke Kampung Bahru dengan berjalan kaki menuruni bangunan Tamu Suite selain hanya terletak 2km dari KLCC. Tamu Suite yang dimiliki Koop Sahabat menawarkan unit-unit suite satu bilik dan suite dua bilik yang mempunyai kelengkapan seperti ruang tamu dan ruang makan lengkap dengan penghawa dingin sertaTV skrin rata, dapur serba lengkap dengan ketuhar, peti sejuk serta peralatan memasak, ruang bilik tidur yang dilengkapi dengan penghawa dingin, meja belajar, seterika berserta papan seterika disamping bilik mandi peribadi dengan tab mandi, pengering rambut dan peralatan mandian percuma. Selain itu Tamu Suite menyediakan kolam renang luaran yang selesa untuk keluarga.

Ceylonz Suites @ Bukit Ceylon

Koop Sahabat mempunyai 5 unit kediaman mewah di Ceylonz Suite @ Bukit Ceylonz yang terletak di kawasan pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Jenis unit yang dimiliki oleh Koop Sahabat adalah seperti Suite Executive, Suite Premium, Suite Predential dan Suite 2 Bilik. Ceylonz Suite mempunyai pelbagai kemudahan yang berkonsepkan moden seperti kolam renang, taman poket, kafe, lounge, tempat BBQ, dan lain-lain.

Ceylonz Suite mempunyai 39 tingkat berkonsepkan gaya hidup moden di pusat bandar. Antara kelengkapan yang terdapat di unit-unit Ceylonz Suite adalah ruang tempat duduk, tv skrin rata, bilik mandi peribadi, dapur, penghawa dingin, dan kemudahan jaringan internet yang memberikan kemudahan untuk keluarga yang bercuti di Ceylonz Suite.

Lokasi Ceylonz Suite terletak di kawasan tarikan pelancong iaitu seperti Menara Kuala Lumpur, KL Eco Forest Park, Petaling Street, Bukit Bintang, Pavillion, dan Dataran Merdeka. Kawasan ini merupakan lokasi yang strategik untuk beriadah bersama keluarga di tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur

Arcuz

The Arcuz @ Kelana Jaya

Pelaburan di The Arcuz merupakan pelaburan jangka pendek untuk tempoh 3 tahun bagi 17 unit servis apartment dimana pihak Koop Sahabat akan menerima jaminan pulangan pelaburan dalam tempoh 3 tahun tersebut. The Arcuz di bangunkan oleh anak syarikat kepada Exsim Group iaitu Mahsuri Kelana Sdn Bhd. The Arcuz dibangunkan di atas tanah berkeluasan 2.028 ekar yang terdiri daripada sebuah menara servis apartment 47 tingkat yang merangkumi 1 tingkat basement tempat letak kereta, 8 tingkat podium tempat letak kereta, 2 level podium fasiliti, 35 tingkat servis apartment dan 1 tingkat fasiliti di udara (“sky facility”).

Mossaz @ Empire City Damansara

Pelaburan di Mossaz Suite merupakan pelaburan jangka pendek untuk tempoh 3 tahun bagi 34 unit dimana pihak Koop Sahabat akan menerima jaminan pulangan pelaburan dalam tempoh tersebut. Mossaz Suite dibangunkan oleh anak syarikat kepada Exsim Group iaitu Himpunan Kencana Sdn Bhd di atas tanah berkeluasan 4.5 ekar yang terdiri daripada sebuah menara pejabat 39 tingkat yang merangkumi 6 tingkat tempat letak kereta, 1 tingkat ruang perniagaan, 38 tingkat suite pejabat dan 1 tingkat ruang fasiliti.

Mossaz
Millerz

Millerz Square @ Old Klang Road

Pelaburan hartanah strategik di Millerz Square merupakan pelaburan jangka pendek dimana Koop Sahabat membuat pelaburan ke atas dua belas (12) unit pejabat suite di Millerz Square dan akan mendapat keuntungan melalui Guarantee Rental Return (“GRR”) sebanyak 6% setahun bagi tempoh lima (5) tahun. Projek Millerz Square merangkumi bangunan pejabat strata dengan 4 blok servis apartment, 1 blok unit pejabat, podium runcit dan tempat letak kereta. Terdapat 1633 unit servis apartment dan 336 unit pejabat suite. Millerz Square yang terletak di Jalan Klang Lama (Old Klang Road) merupakan lokasi srategik yang mana berhampiran dengan Pearl Point Mall, Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall.