Senari Bay Resort

Senari Bay Langkawi Resort adalah sebuah tanah persendirian yang mempunyai pantainya sendiri berhadapan dengan pelabuhan perikanan yang terletak di Kuala Cenang, Jalan Pantai Cenang, 07000. Langkawi. Kedah dan telah diambil-alih pengoperasian keseluruhan pada 1 Jun 2021 oleh Senari Bay Langkawi Resort Sdn Bhd iaitu anak syarikat Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat).

Resort ini mempunyai 17 unit bilik penginapan yang menawarkan pilihan kepada pengunjung dengan tawaran bilik penginapan yang berpatutan. Bilik-bilik penginapan yang ditawarkan adalah seperti bilik Standard Queen, Standard Twin, Deluxe King dan bilik bersais keluarga (family Room) yang bersesuaian dengan kehendak dan permintaan pengunjung. Bilik-bilik dilengkapi dengan kemudahan wifi percuma, TV dan cerek elektrik serta Pengering rambut disediakan atas permintaan.

Terdapat gerai menjual makanan tempatan terletak dalam jarak 3 minit berjalan kaki dari resort. Anda boleh bersiar-siar di sepanjang pantai atau menikmati barbeku. Kakitangan di kaunter akan sentiasa membantu anda untuk tempahan aktiviti seperti snorkeling, island hopping dan “mangrove walk”. Sebagai alternatif, anda boleh meneroka pulau dengan menyewa kereta atau motosikal. Underwater World Langkawi dan Cenang Mall boleh dikunjungi melalui 4 minit pemanduan dari Senari Bay Resort. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi berjarak 4 km jauhnya.

Disamping kemudahan penginapan, Senari Bay Langkawi Resort juga menawarkan ruangan yang bersesuaian untuk mengadakan majlis-majlis social dan santai dihalaman yang sedia ada yang berlatar belakang pantai yang cantik.
Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang popular seperti berikut: –

  • Cenang Beach – 3 km
  • Underwater World – 3 km
  • Seven Waterfalls Well – 10.3 km
  • Crocodile Farm – 11.7 km
  • Langkawi Sky Bridge – 11.8 km
  • Eagle Square – 14.5 km
  • Pulau Payar Marine Park – 14.7 km
  • Langkawi Wildlife Park – 18.6 km
  • Kilim Karst Geoforest Park – 20.6 km
  • Tanjung Rhu Beach – 21.2 km
  • 013-244 0314 (En. Zainal)