Kunjungan Hormat Tenaga Nasional Berhad (TNB) 30 Mei 2022

[ KUNJUNGAN HORMAT KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD ]
30 Mei 2022 – Koop Sahabat menyantuni kunjungan hormat daripada pengurusan Koperasi Tenaga Nasional Berhad (Koperasi TNB) hari ini.
Koperasi TNB di hadiri oleh Anggota Lembaga, En Norazli bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Hj. Mohd Marzuki bin Yasoa serta barisan pengurusan yang lain.Kunjungan ini bertujuan bagi meninjau peluang kerjasama diantara dua entiti bagi memperhebatkan agenda gerakan koperasi di Malaysia.Koop Sahabat diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, En Mazri Bin Mahmood, serta barisan pengurusan tertinggi turut bersama dalam pertemuan tersebut.Koop Sahabat amat berbesar hati menerima kunjungan tersebut. Semoga usaha ini dapat mengeratkan hubungan dua hala dalam memacu usaha membangunkan koperasi.