Hari Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah 1 Jun 2022

Koop Sahabat bersama warga kerjanya menyatakan komitmen untuk bebas rasuah dengan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang turut disaksikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lafaz Ikrar dan menandatangani dokumen ikrar bebas rasuah ini telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, En Mazri bin Mahmood dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Selangor, Tuan Ridzuan Bin Abd Malik.
 
Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Koop Sahabat, En Mohd Najib Bin Hj Mohd Noor ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada ikrar dan janji untuk menjauhi dan membebaskan diri dalam sebarang perbuatan yang menjurus terhadap rasuah. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan, barisan anggota lembaga serta barisan Pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia yang menunjukan solidariti dalam menolak jenayah rasuah dalam organisasi.
 
Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada warga Koop Sahabat supaya amalan integriti dapat dipertingkatkan serta menghapuskan budaya rasuah dalam kalangan masyarakat.