APA ITU i-GOLD PERSONAL ACCOUNT (i-GPA)
i-GPA adalah merupakan perniagaan yang baru diceburi oleh Koop Sahabat bagi memperkenal akaun emas digital patuh syariah hasil kolaborasi bersama KAB Goldynamic Sdn Bhd.
Produk akaun emas atas talian yang memberikan kemudahan kepada orang awam dan Anggota Koop Sahabat khasnya untuk membeli emas berketulenan 999.9 yang diperuntukkan (allocated) untuk dibeli secara pemilikan bersama tanpa perlu menyimpan sendiri emas fizikal tersebut atau bimbang dengan keselamatan emas semasa menyimpannya.
PENDAFTARAN AKAUN I-GPA
Layari halaman pendaftaran di https://www.sahabatgold.my/
- HARGA
Harga yang kompetitif.
Boleh dibeli dengan belian minimum serendah RM10 sahaja.
Harga emas akan dikemaskini setiap hari pada jam 12.00 tengah malam di dalam aplikasi atau jika terdapat kenaikan atau penurunan harga emas di pasaran dunia yang sangat ketara.
- SIMPANAN
Emas milik pelanggan akan disimpan secara percuma.
Untuk menebus gram di dalam i-GPA dengan emas fizikal dalam bentuk jongkong atau dinar pada denominasi tertentu dengan tambahan premium yang minimum. Pelanggan boleh menjual kembali gram emas di dalam i-GPA atau emas yang telah difizikalkan kepada Koop Sahabat/ KAB Gold pada harga jualan balik seperti yang tertera di aplikasi.
- KEAKTIFAN
Tiada baki minimum ditetapkan untuk akaun kekal aktif.
Semua gram emas di dalam akaun i-GPA pelanggan adalah milik pelanggan sepenuhnya. Pelanggan dibenarkan untuk mengosongkan akaun i-GPA sama ada melalui penebusan emas fizikal atau aktiviti jual balik.
- PATUH SYARIAH
Kontrak Syariah yang digunakan untuk i-GPA adalah Bay’ al-Sarf dan al-Wakalah.
Bay al-Sarf merujuk kepada jual beli emas dengan wang tunai. Proses akad dan serahan (qabd) mesti berlaku secara serta-merta. Dalam konteks i-GPA, bentuk serahan (qabd) adalah secara konstruktif (hukmi) iaitu pemilikan emas dikreditkan serta-merta ke dalam akaun pembeli sebaik sahaja bayaran diterima dalam satu sesi jual beli. Pembeli telah mempunyai hak sepenuhnya terhadap emas yang berada di dalam akaunnya.
Al-Wakalah pula merujuk kepada urusan pewakilan. Para pembeli akan mewakilkan kepada pihak Koop Sahabat untuk menguruskan simpanan emas sebaik sahaja hak pemilikan berpindah.

