Carlton Inn Bukit Ubi

Design-01

Carlton Inn Bukit Ubi, Kuantan

Dibangunkan dengan aspirasi untuk menjadi hotel berkonsepkan butik yang di pasarkan dengan kadar berpatutan yang yang dimiliki oleh Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad di bawah pengurusan Carlton Inn Sdn Bhd. Hotel ini telah mula beroperasi pada 28 Jun 2018.

Dilengkapi dengan penghawa dingin, kemudahan membuat minuman didalam bilik, tandas dilengkapi dengan “hot & cold shower”di dalam bilik serta flat screen TV dengan saluran HyppTV (unifi) untuk hiburan didalam bilik hotel.  Kemudahan lain yang disediakan adalah “2 in 1 Hair and Body Shampoo” di setiap bilik dan Kemudahan Wi-Fi secara percuma.

Di Kuantan terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Antara tempat menarik berkenaan seperti pusat membeli belah terbesar di Kuantan East Coast Mall (ECM) dan Kuantan City Mall (KCM) hanya 5 minit dari lokasi hotel. Hotel budget yang berkonsepkan butik ini berdekatan dengan Pusat Bandar Kuantan dan 15 minit pemanduan ke Pantai terkenal di Kuantan iaitu Pantai Teluk Chempedak dan Taman Gelora. Manakala untuk pelancong yang meminati hasil seni, terdapat juga Muzium Seni Pahang yang jaraknya hanya 2KM dari hotel kami.

Kakitangan kami bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris bagi memudahkan berkomunikasi  baik dengan tetamu. Kaunter hadapan yang beroperasi 24 Jam sehari untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.