Sesi libat Urus Dan Perbincangan Bersama Oleh Koop Sahabat, AIM dan SKM

Perbincangan dan sesi libat urus bersama Koop Sahabat, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). ( 21 April 2022 )

[ 21 April , Khamis ]
Tempat : Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur
 
Sesi libat urus dan perbincangan bersama oleh Koop Sahabat, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Perbincangan dipengerusikan bersama oleh Tuan Haji Zazali Harun, Pengerusi Eksekutif SKM dan En Mohd Najib bin Haji Mohd Noor Pengerusi Koop Sahabat bersama Tuan Haji Jani Izwandi Che Jan, Ketua Pegawai Perundangan/Operasi AIM.
 
Turut hadir adalah Pengarah SKM Wilayah Persekutuan, barisan Lembaga serta Pengurusan Koop Sahabat, Pengurusan tertinggi AIM dan wakil2 dari Bahagian SKM Ibu Pejabat.
 
Program yang julung kali diadakan ini diadakan untuk memastikan penglibatan pemegang taruh Koop Sabahat terlibat secara langsung dengan perancangan hala tuju Koperasi bagi memastikan koperasi berada di landasan yang tepat dalam memacu kejayaan dan kecemerlangan.
Setinggi penghargaan di atas kerjasama, sokongan dan komitmen diucapkan kepada semua yang terlibat.