SOALAN LAZIM

Keanggotaan

Individu yang layak menjadi anggota Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad ialah:

  1. Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia
  2. Warga Kerja Amanah Ikhtiar Malaysia
  3. Ahli Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia
  4. Warga Kerja Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
  5. Warga Kerja Anak Syarikat Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
  • Isi Borang Anggota Tunai yang boleh diperolehi di laman sesawang Koperasi iaitu http://www.koopsahabat.my atau boleh juga dapatkan daripada Pegawai Zon / Penolong Pegawai Zon, Ibu Pejabat Koperasi, Ejen-ejen yang berdaftar dan juga di Pejabat Cawangan Amanah Ikhtiar Malaysia.
  • Bayar yuran kemasukan / fi masuk sebanyak RM30.00 (sekali seumur hidup).
  • Beli syer koperasi sekurang-kurangnya RM100.00 minima.
  • Kelulusan permohonan akan diputuskan melalui Kelulusan Setiausaha Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad.

Bagi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia yang telah mencukupi Simpanan Wajibnya sekurang-kurangnya RM230.00, boleh memohon untuk membuat penolakkan simpanan wajib sebanyak RM130.00 melalui borang permohonan yang boleh diambil daripada Pegawai Zon / Penolong Pegawai Zon, Ibu Pejabat Koperasi, Ejen-ejen yang berdaftar dan juga di Pejabat Cawangan AIM.

Walaubagaimanapun bagi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia yang masih baru dan tidak mempunyai Simpanan Wajib yang mencukupi untuk pendaftaran keanggotaan, mereka boleh memohon menjadi anggota dengan membuat bayaran tunai ke dalam akaun Koperasi seperti di bawah:

  1. KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD

           BANK: MAYBANK BERHAD

           NO AKAUN: 564397103605

  1. KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD

           BANK: ISLAM BERHAD

           NO AKAUN: 12289010000076

           

      Seterusnya, Sahabat perlu menghantar borang permohonan yang lengkap diisi ke alamat Koop Sahabat atau dihantar kepada ejen-ejen yang berdaftar beserta dokumen berikut:

  • Salinan resit bayaran RM130.00
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Syer koperasi boleh ditambah bila-bila masa sahaja serendah RM10 dan ke atas secara tunai sahaja. Terserah kepada anggota koperasi sendiri

Isi Borang Tambah Syer SMART 500 yang boleh diperolehi di laman sesawang Koperasi iaitu http://www.koopsahabat.my atau boleh diambil daripada Pegawai Zon / Penolong Pegawai Zon, Ibu Pejabat Koperasi, Ejen-ejen yang berdaftar dan juga di Pejabat Cawangan Amanah Ikhtiar Malaysia.

  • Buat penambahan syer koperasi serendah RM10 dan ke atas dengan memasukkan ke dalam akaun di atas nama Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad.
  • Hantar borang permohonan tambahan syer ke alamat Koop Sahabat atau Pegawai Zon / Penolong Pegawai Zon, Ibu Pejabat Koperasi, Ejen-ejen yang berdaftar dan juga di Pejabat Cawangan AIM beserta bukti bayaran dan juga salinan kad pengenalan pemohon.
  • Permohonan untuk berhenti daripada menjadi anggota koperasi boleh dibuat pada bila-bila masa dan wang syer akan dikembalikan sepenuhnya. Proses bayaran akan mengambil masa selama 6 bulan dari penerimaan borang permohonan di Ibu Pejabat Koperasi.

Boleh, dan tertakluk kepada syarat-syarat iaitu individu tersebut mestilah:

    • Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia
    • Warga Kerja Amanah Ikhtiar Malaysia
    • Ahli Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia
    • Warga Kerja Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
    • Warga Kerja Anak Syarikat Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
  • Isi Borang Anggota Berhenti yang boleh diperolehi di laman sesawang Koperasi iaitu http://www.koopsahabat.my atau boleh diambil daripada Pegawai Zon / Penolong Pegawai Zon, Ibu Pejabat Koperasi, Ejen-ejen yang berdaftar dan juga di Pejabat Cawangan Amanah Ikhtiar Malaysia.
  • Hantar / Poskan borang permohonan tersebut yang lengkap diisi bersama dokumen yang diperlukan ke alamat Ibu Pejabat Koperasi, Pegawai Zon / Penolong Pegawai Zon atau Pejabat Cawangan Amanah Ikhtiar Malaysia.
  • Proses bayaran akan mengambil masa selama enam (6) bulan dari penerimaan borang di Ibu Pejabat Koperasi.

Pelbagai faedah dan kebaikan akan diperolehi oleh anggota Koperasi antaranya:

  1. Anggota akan diberi diskaun harga bagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koop Sahabat mengikut syarat-syarat yang ditetapkan melalui perhotelan, peruncitan dan pajak gadai islam.
  2. Anggota akan menikmati dividen tahunan yang akan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan dan diumumkan setiap tahun.
  3. Anggota yang layak akan mendapat manfaat Koop CARE iaitu: –
  • Khairat Kematian
  • Galakan Pendidikan
  • Bencana
  • Sakit Kritikal
  • Isi Borang Koop CARE yang boleh diperolehi di laman sesawang Koperasi iaitu http://www.koopsahabat.my atau boleh juga dapatkan daripada Pegawai Zon / Penolong Pegawai Zon, Ibu Pejabat Koperasi, dan juga di Pejabat Cawangan AIM yang terdekat.
  • Sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan juga bukti-bukti bergambar dan juga laporan polis ( jika diperlukan )
  • Hantar / Poskan borang permohonan tersebut yang lengkap diisi bersama dokumen yang diperlukan ke alamat Koop Sahabat, Pegawai Zon / penolong Pegawai Zon atau Cawangan AIM yang terdekat.
  • Kelulusan permohonan akan diputuskan di peringkat Pengurusan Koperasi dan proses bayaran akan dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada penerimaan borang.

KOOPIMS

Anggota Koperasi boleh membuat semakan atas talian untuk mendapatkan maklumat keanggotaan dengan melayari laman sesawang: –

  • https://www.koopims.com.my/KSAIMB_Login.aspx

Sahabat Koop Super App

Selain itu, Anggota Koperasi juga boleh membuat semakan atas takuab untuk mendapatkan maklumat keanggotaan dengan memuat turun aplikasi Sahabat Koop Super App di Google Play Store atau Apple Store.

Mohon berhubung dengan Seksyen Keanggotaan untuk maklumat lanjut.

i-Lestari

Di kalangan anggota Koop Sahabat, Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia & kakitangan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad.

  • Produk ini merupakan pembiayaan peribadi tanpa   cagaran yang ditawarkan kepada Anggota Koop Sahabat yang layak
  • Produk ini juga adalah kesinambungan daripada produk Pembiayaan I-Usahawan yang sebelum ini.
  • Kadar keuntungan dikira berdasarkan pada kadar tetap (flat rate).
  • Jumlah maksimum pembiayaan sebanyak RM300,000.00 tertakluk kepada kelayakkan.
  • Tempoh maksimum pembiayaan selama 10 tahun (120 bulan)

Cara pembiayaan balik pembiayaan adalah melalui potongan gaji, atau auto debit secara bulanan.

  • Semua anggota Koperasi
  • Minimum saham RM 1,000
  • CCRISS & CTOS remark
  • Kakitangan ( anggota Koop ) 60% dari gaji upah
  • Penjamin 2 orang ( 1 kakitangan kerajaan & ahli keluarga yang berpendapatan tetap )
  • Rekod kehadiran di MP (AIM ) lebih 80%
  • Mempunyai projek berdaya maju
  • Mempunyai pendaftaran perniagaan
  • Kelulusan tertakluk kepada laporan risiko pelanggan, penjamin dan individu yang menjalankan projek pelanggan seperti suami
  • Keutamaan diberikan kepada anggota yang mempunyai akaun perniagaan yang diselia oleh Setiausaha Syarikat yang bertauliah

Ya, seorang daripada kalangan kakitangan kerajaan & seorang ahli keluarga yang berpendapatan tetap.

  • Produk ini merupakan produk pembiayaan peribadi patuh Syariah yang berlandaskan konsep Tawarruq.
  • Dibawah konsep ini Koop Sahabat akan membeli komoditi pada Harga Belian dan seterusnya menjual komoditi tersebut kepada Anggota secara bayaran tertangguh pada Harga Jualan (Jumlah Pembiayaan + Keuntungan).
  • Harga Belian adalah berdasarkan jumlah pembiayaan yang diluluskan.
  • Manakala Harga Jualan adalah berdasarkan dengan jumlah bayaran tertangguh yang akan dibayar oleh Anggota mengikut jadual bayaran yang dipersetujui.
  • Koop Sahabat sebagai penjual akan bertindak sebagai wakil bagi pihak Anggota untuk menjual komoditi tersebut pada Harga Belian kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai.
  • Harga Belian dan Harga Jualan adalah sebagaimana Jadual Pertama dalam set dokumen permohonan
  • Kadar yang dikenakan adalah 7.00% (bagi permohonan 1 hingga 3 tahun); dan 8.00% (bagi permohonan 4 hingga 10 tahun) dikira secara tahunan pada kadar tetap (flat) mengikut tempoh pembiayaan yang diluluskan.
  • Pengiraan keuntungan adalah berdasarkan kaedah “Rule 78” atau “Sum of the Years’ Digits”.
  • Tabung Khairat merupakan mekanisma dalaman sebagai alternatif kepada Takaful.
  • Caj Proses RM100.00 bagi setiap permohonan pembiayaan yang diluluskan.
  • Deposit Sekuriti 2 bulan ansuran awal. Ansuran seterusnya dibuat melalui pemotongan gaji.

Sebagai illustrasi :-

  • Jumlah Pembiayaan (P) RM 50,000.00 Kadar Keuntungan (i) 7.0% setahun (flat) Tempoh (n) 5 tahun atau 60 bulan
  • Pembiayaan diluluskan sebanyak RM 50,000.00
  • Bayaran Ansuran RM 1,125 sebulan
  • Harga Jualan kepada Koop Sahabat sebanyak RM 67,500.00.

Sebagaimana jadual bayaran ansuran samada melalui pemotongan gaji oleh majikan atau dengan cara lain sehingga Harga Jualan Tertangguh dilunaskan sepenuhnya. Memaklumkan kepada Koop Sahabat mengenai perubahan butiran peribadi termasuk pertukaran alamat surat menyurat bagi memastikan urusan perhubungan kekal berkesan sehingga Harga Jualan Tertangguh lunas sepenuhnya.

Caj penyelesaian awal akan dikenakan pada kadar 1.0% daripada baki sebenar pembiayaan iaitu baki Harga Jualan setelah ditolak Ibra’ (rebat). Caj penyelesaian awal akan diabaikan sekiranya Anggota membuat penyelesaian melalui pembiayaan bertindih (overlapping financing) dengan Koop Sahabat.

  • Caj pampasan (Ta’widh) sebanyak 1.0% setahun daripada amaun bulanan tertunggak akan dikenakan.
  • Koop Sahabat berhak menolak Yuran / Saham Anggota sekiranya segala usaha untuk mendapatkan Anggota untuk melunaskan baki Harga Jualan Tertangguh tidak berjaya.
  • Koop Sahabat juga berhak untuk menuntut baki tertunggak berserta lain-lain caj melalui proses perundangan.

Sahabat Ar Rahnu

Perkhidmatan pembiayaan tunai segera untuk keperluan peribadi yang diberikan kepada Anggota atau bukan anggota dengan menggunakan emas sebagai cagaran tertakluk kepada beberapa syarat tertentu.

Urusan kami sangat mudah dan cepat. Pelanggan hanya perlu membawa kad pengenalan dan barang kemas yang hendak dipajak. Untuk bukan warganegara, hanya perlu membawa passport yang sah bersama barang pajakan.

Sahabat Ar Rahnu menawarkan margin pinjaman sehingga 70% dari nilai marhun. Walau bagaimanapun, pihak SAR boleh meminda had gadaian dalam keadaan yang difikirkan munasabah.

  • Barangan kemas samada tanpa atau dengan permata
  • Jongkong atau wafer
  • Syiling, bullion atau dinar
  • Barangan berharga yang diluluskan oleh Ahli Lembaga dan Panel Syariah

Anda perlu membayar balik jumlah pembiayaan dan jumlah upah penyimpanan bulanan barang cagaran. Upah simpan tersebut perlu dibayar pada tarikh tamat tempoh kontrak, penebusan atau lanjutan tempoh Sahabat Ar Rahnu (yang mana berkaitan).

Pembayaran menggunakan Kad adalah tidak diterima. Hanya wang tunai yang akan diterima

Ya,Pelanggan memperoleh kebebasan untuk membuat pembayaran secara bulanan atau membuat bayaran penuh semasa penebusan. Pelanggan juga boleh membuat pembayaran ansuran pada bila-bila masa samada harian, mingguan atau bulanan tanpa nilai minimum.

Ya,boleh dan kami akan mencatat maklumat peribadi untuk keselamatan kami di masa hadapan.

Anda perlu datang ke cawangan yang telah anda buat transaksi dan kami akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.