[ SAHABAT PRIHATIN SALUR SUMBANGAN ZAKAT KEPADA 30 PENERIMA DI JERANTUT ]
.
23 Mei 2026 – Program Sahabat Prihatin di bawah Eksplorasi Bersama Anggota Lembaga Kawasan Pahang telah berlangsung dengan jayanya di Tekoma Resort, Taman Negara.
.
Program ini merupakan inisiatif kebajikan Koop Sahabat dalam menyantuni golongan yang memerlukan melalui penyampaian sumbangan zakat kepada penerima terpilih. Sebanyak RM7,500 telah disalurkan kepada 30 orang penerima sebagai usaha membantu meringankan beban serta memperkukuh kesejahteraan komuniti setempat.
.
Hadir bagi menyempurnakan program ialah Anggota Lembaga Kawasan Pahang, Puan Rodziah binti Hasanuzin. Turut hadir sama ialah Anggota Lembaga Koperasi, Puan Hajah Sa’adiah binti Ismail dan Puan Fatimah binti Ismail serta Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Korporat, Puan Hayati binti Asmari.
.
Koop Sahabat komited untuk terus memperkasakan agenda kebajikan dan memperkukuh hubungan bersama masyarakat melalui pelbagai program yang memberi manfaat kepada golongan memerlukan.
.
![]()


