MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (MAPT) KALI KE-13

[MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (MAPT) KALI KE-13]
.
6 Jun 2026 – Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-13 Koop Sahabat telah berlangsung dengan jayanya secara atas talian dari Bilik Mesyuarat Dato’ Dr. Zubir, Amanah Ikhtiar Malaysia.
.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam membentangkan prestasi, pencapaian serta hala tuju strategik koperasi, di samping memperkukuhkan komitmen terhadap tadbir urus yang baik dan pembangunan organisasi yang mampan.
.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Barisan Anggota Lembaga Koperasi, pihak Pengurusan serta para Perwakilan Koop Sahabat atas komitmen, kerjasama dan penglibatan aktif dalam menjayakan MAPT pada tahun ini.
.
Penghargaan turut dirakamkan kepada YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, atas kesudian menyampaikan ucapan perasmian.
.
Tahniah juga diucapkan kepada barisan Anggota Lembaga Koperasi yang telah terpilih. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh integriti dan komitmen demi kemajuan serta kelestarian Koop Sahabat.
.
Jumpa lagi pada MAPT akan datang.
.
 

Loading

Share This Blog:

Follow Us: