MAJLIS PELANTIKAN PROFESOR ADJUNG DAN PROFESOR INDUSTRI UKKM

[MAJLIS PELANTIKAN PROFESOR ADJUNG DAN PROFESOR INDUSTRI UKKM]
.
23 Jun 2026 – Telah berlangsung Majlis Pelantikan Profesor Adjung dan Profesor Industri Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) yang diadakan di Auditorium Dato’ Abdul Majid, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Petaling Jaya.
.
Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf tokoh-tokoh profesional yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas untuk menyumbang kepada pembangunan akademik, penyelidikan serta pengukuhan hubungan strategik antara universiti dan industri.
.
Selain sesi pelantikan dan penyampaian watikah, program turut menampilkan Sesi Syarahan Profesor Industri yang disampaikan oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Bin Jalal (B), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, serta Sesi Syarahan Profesor Adjung oleh YBrs. Dr. Muhammad Ridha Haykal Amal, Pengarah Pembangunan Produk Utama Desa dan Kawasan Tertinggal, Kementerian Desa dan Pembangunan Daerah Tertinggal Republik Indonesia. Perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan perspektif berharga berkaitan kepimpinan, pembangunan organisasi serta pemerkasaan sektor koperasi.
.
Koop Sahabat turut hadir dan diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Koop Sahabat serta barisan Ketua Jabatan sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi dan sektor koperasi.
.
Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Bin Jalal (B) atas pelantikan sebagai Profesor Industri UKKM, serta kepada YBrs. Dr. Muhammad Ridha Haykal Amal atas pelantikan sebagai Profesor Adjung UKKM. Pengiktirafan ini merupakan penghormatan yang amat bermakna terhadap sumbangan, kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang masing-masing.
.
Semoga pelantikan ini dapat memperkasakan pembangunan modal insan, memperluaskan jaringan kolaborasi serta menyumbang kepada kecemerlangan sektor koperasi dan pendidikan tinggi negara.
.

Loading

Share This Blog:

Follow Us: