PENGHARGAAN KHAS PENGERUSI KOOP SAHABAT KEPADA PM10

[PENGHARGAAN KHAS PENGERUSI KOOP SAHABAT KEPADA PM10]
.
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad amat berbesar hati menerima jemputan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi menyertai reruai pameran sempena Majlis Peluncuran Skim Paduri MADANI AIM yang telah berlangsung pada 16 Mei 2026 di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun, Perak.
.
Penyertaan Koop Sahabat dalam program berprestij ini memberi fokus kepada promosi dan jualan Wafer Emas Edisi Khas Paduri MADANI di bawah jenama Sahabat Gold, di samping menyampaikan hebahan berkaitan manfaat keanggotaan serta perkhidmatan Sahabat Ar-Rahnu kepada anggota Koop Sahabat yang juga merupakan Sahabat Usahawan AIM.
.
Majlis yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ini turut menjadi platform strategik dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama antara AIM, Koop Sahabat serta komuniti usahawan MADANI.
.
Turut hadir memeriahkan program ialah Yang Berbahagia Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia serta Yang Berbahagia Datuk Seri (Dr.) Syed Hussian Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM. Koop Sahabat pula diwakili oleh Tuan Haji Mazri Bin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bersama barisan anggota lembaga dan pengurusan.
.
Sebagai simbol penghargaan dan sokongan terhadap agenda pemerkasaan ekonomi rakyat, Pengerusi Koop Sahabat, En. Mohd Najib Bin Haji Mohd Noor telah menyampaikan hadiah sumbangan peribadi beliau berupa Wafer Emas Edisi Khas Paduri MADANI bernombor siri PM10 kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.
.
Koop Sahabat komited untuk terus memperluaskan penawaran produk dan perkhidmatan yang memberi nilai tambah kepada anggota serta masyarakat melalui kolaborasi strategik bersama rakan industri dan institusi pembangunan usahawan negara.
.

Loading

Share This Blog:

Follow Us: