MEMPERKUKUH SINERGI, MEMBUKA LEBIH BANYAK PELUANG

[ MEMPERKUKUH SINERGI, MEMBUKA LEBIH BANYAK PELUANG ]
.
Koop Sahabat hari ini menerima kunjungan daripada Sekretariat Pembangunan Halal, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam usaha meneroka peluang kerjasama strategik yang berimpak tinggi.
.
Delegasi KUSKOP yang diketuai oleh En. Aidi Azli bin Wahit, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor bersama barisan pengurusan telah disambut mesra oleh Tn. Haji Mazri bin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, serta barisan Pengurusan Koop Sahabat.
.
Perbincangan tertumpu kepada potensi kolaborasi dalam memperkasa usahawan, khususnya melalui inisiatif pembangunan keusahawanan halal yang semakin mendapat perhatian di peringkat nasional.
.
Sebagai langkah proaktif, Koop Sahabat turut mengetengahkan Program Sahabat Brand — sebuah platform yang dirangka bagi membantu usahawan anggota dari aspek penjenamaan, pembangunan produk sehingga ke saluran pengedaran yang lebih meluas.
.
Gabungan kepakaran dan sokongan ini diyakini mampu membuka lebih banyak ruang untuk usahawan berkembang, sekali gus memperkukuh ekosistem perniagaan halal yang mampan.
.
Lebih penting, kerjasama ini berpotensi menjadi pemangkin kepada usahawan tempatan untuk meningkatkan potensi perniagaan dan membawa produk ke peringkat yang lebih tinggi — termasuk menembusi pasaran global.
.
Nantikan kolaborasi strategik antara KUSKOP dan Koop Sahabat yang bakal membuka lebih banyak peluang kepada usahawan.
.
Langkah kecil hari ini, impak besar untuk masa depan usahawan.
.
👉 Anda usahawan? Bersedia untuk ke peringkat seterusnya.
.

Loading

Share This Blog:

Follow Us: