MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PROGRAM IFTAR KOOP SAHABAT 2026

[ MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PROGRAM IFTAR KOOP SAHABAT 2026 ]
.
5 MAC 2026 – Alhamdulillah, dalam keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, Koop Sahabat sekali lagi diberi kesempatan untuk menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran yang diselitkan Program Iftar bersama warga Koop Sahabat, bertempat di Dewan Masjid Al-Imam Al-Ghazali.
.
Majlis ini dianjurkan sebagai usaha menyemarakkan semangat cintakan Al-Quran serta mengimarahkan Ramadan dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Program turut diisi dengan Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Dr Azmir Azri Bin Ahmad, Jawatankuasa Syariah Koop Sahabat, sebagai pengisian rohani dan peringatan bersama dalam meningkatkan keimanan serta ketakwaan.
.
Suasana penuh keberkatan ini turut mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja apabila majlis diteruskan dengan sesi iftar secara berjemaah dalam suasana yang harmoni dan penuh kesyukuran.
.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Norsharizal bin Mashahrin, Bendahari Lembaga, bersama barisan Anggota Lembaga, Pengurusan Tertinggi serta kakitangan Koop Sahabat.
.
Semoga penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan sentiasa mendapat keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT.
.
 

Loading

Share This Blog:

Follow Us: