[ JALINAN STRATEGIK KOOP SAHABAT BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN SIBU (MPS) ]
.
28 April 2026 – Alhamdulillah, Koop Sahabat berkesempatan mengadakan pertemuan bersama Encik Henry Jalin anak Watt, Setiausaha Perbandaran merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perbandaran Sibu (MPS) yang berpusat di Wisma Sanyan.
.
Pertemuan ini membuka ruang kepada perbincangan yang positif dan konstruktif antara Koop Sahabat dan MPS, khususnya dalam aspek kerjasama strategik serta pembangunan komuniti. Turut dibincangkan perancangan pembukaan cawangan Sahabat Ar Rahnu di Sibu yang menjadi kemudahan kepada anggota untuk berurusan.
.
Mewakili Koop Sahabat, Encik Saifuddin bin Sulaiman, Ketua Syarikat Sahabat Ikhtiar Trading Sdn. Bhd. serta Encik Muhammad Adam Muhaimin bin Dinggai, Pengurus Wilayah Borneo yang menyelaraskan pertemuan ini.
.
Semoga jalinan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat, demi memberi manfaat terbaik kepada Sahabat, khususnya komuniti di Sibu. InsyaAllah, langkah kecil hari ini mampu membawa impak besar pada masa hadapan.
.
![]()


