KOOP SAHABAT RAIH PENGIKTIRAFAN DI MAJLIS IFN AWARDS 2025

[ KOOP SAHABAT RAIH PENGIKTIRAFAN DI MAJLIS IFN AWARDS 2025 ]
.
22 April 2026 – Alhamdulillah, Koop Sahabat dengan penuh rasa syukur telah menerima pengiktirafan sebagai Best Islamic Financial Cooperative dalam majlis berprestij IFN Awards 2025 (Non-Banking Financial Institutions) yang berlangsung di EQ Hotel, Kuala Lumpur.
.
Anugerah ini merupakan satu pencapaian membanggakan, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Koop Sahabat dalam mengamalkan prinsip kewangan Islam yang telus, berintegriti serta berimpak tinggi kepada anggota dan komuniti.
.
Koop Sahabat telah diwakili oleh En. Mohd Najib bin Haji Mohd Noor, Pengerusi Lembaga dalam menerima anugerah tersebut. Turut hadir ialah Anggota Lembaga serta barisan pengurusan tertinggi Koop Sahabat.
.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Anggota Lembaga, warga kerja serta seluruh anggota Koop Sahabat atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan. Kejayaan ini adalah milik kita bersama.
.
Koop Sahabat akan terus komited dalam memperkukuh peranan sebagai koperasi yang progresif, berdaya tahan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi memacu pembangunan ekonomi ummah secara mampan.
.
 

Loading

Share This Blog:

Follow Us: