KUNJUNGAN HORMAT KOOP SAHABAT KEPADA KETUA EKSEKUTIF HRD CORP MERANGKAP SETIAUSAHA LEMBAGA KOOP SAHABAT

KUNJUNGAN HORMAT KOOP SAHABAT KEPADA KETUA EKSEKUTIF HRD CORP MERANGKAP SETIAUSAHA LEMBAGA KOOP SAHABAT
.
13 April 2026 – Koop Sahabat telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Dato’ Mohamed Shamir Abdul Aziz, Ketua Eksekutif HRD Corp di Wisma HRD Corp. Kunjungan ini diketuai oleh Tuan Haji Mazri Bin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bersama barisan top leaders serta ketua Jabatan Koop Sahabat.
.
Koop Sahabat turut merakamkan ucapan tahniah kepada Dato’ Mohamed Shamir Abdul Aziz atas pelantikan beliau sebagai Ketua Eksekutif HRD Corp, di samping peranan beliau sebagai Setiausaha Lembaga Koop Sahabat.
.
Perbincangan turut merangkumi aspek pembangunan modal insan secara menyeluruh, dengan memberi penekanan kepada pelaksanaan inisiatif pensijilan bagi meningkatkan kompetensi tenaga kerja. Selain itu, cadangan penubuhan pusat latihan pada masa akan datang turut diketengahkan sebagai platform strategik untuk memperkasa kemahiran, memperluas pengetahuan, serta menyokong pembangunan bakat secara berterusan.
.
Koop Sahabat sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Mohamed Shamir Abdul Aziz atas pelantikan beliau sebagai Ketua Eksekutif HRD Corp. Diharapkan agar beliau terus cemerlang dalam menerajui organisasi serta membawa kecemerlangan berterusan kepada pembangunan modal insan negara. Semoga segala usaha dan perancangan yang dirangka akan dipermudahkan dan mencapai kejayaan berterusan pada masa akan datang.
.
 

Loading

Share This Blog:

Follow Us: