[ KUNJUNGAN HORMAT KOOP SAHABAT KEPADA KETUA PEGAWAI EKSKEUTIF AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) ]
.
7 April 2026 – Koop Sahabat telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pn. Noor Aeiza binti Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang baharu dilantik.
.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh En. Norsharizal bin Mashahrin, Bendahari Lembaga, dan turut dihadiri oleh barisan Anggota Lembaga serta Top Leaders Koop Sahabat.
.
Dalam sesi tersebut, Tuan Haji Mazri bin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, telah berkongsi penerangan serta gambaran menyeluruh mengenai operasi Koop Sahabat sebagai sebahagian daripada ekosistem AIM, dalam usaha memperkasa serta membantu para anggota dan Sahabat AIM.
.
Pihak AIM turut berkongsi pandangan serta cadangan ke arah penambahbaikan perkhidmatan Koop Sahabat agar terus relevan, berdaya saing dan memberi impak positif kepada komuniti.
.
Koop Sahabat mengucapkan selamat bertugas kepada Pn. Noor Aeiza binti Hassan, semoga jalinan silaturahim ini terus memperkukuh kerjasama strategik antara Koop Sahabat dan AIM dalam usaha memberikan manfaat berterusan kepada seluruh warga dan Sahabat usahawan AIM.
.
![]()


