ROUND TABLE DISCUSSION (RTD)

[ ROUND TABLE DISCUSSION (RTD) – MEMACU TRANSFORMASI SEKTOR KOPERASI MELALUI EKOSISTEM PENDANAAN MAMPAN ]
.
1 April – Inisiatif Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad bersama Universiti Islam Selangor (UIS) dan Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi & Kewangan Islam (IRCIEF) telah menganjurkan RTD bagi membincangkan transformasi sektor koperasi melalui ekosistem pendanaan mampan.
.
Program ini mencerminkan komitmen kolektif Koop Sahabat dalam memperkukuh kerjasama strategik, pemerkasaan penyelidikan dan pengukuhan wacana ilmiah bagi melestarikan pembangunan sektor koperasi negara ke arah peningkatan daya saing dan kemampanan.
.
Panelis melibatkan wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta wakil ahli akademik dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Manakala kehadiran pemerhati industri turut memperkaya perbincangan dan memperluas perspektif.
.
Majlis turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Koop Sahabat dan Universiti Islam Selangor (UIS) yang disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Najib bin Haji Mohd Noor, Pengerusi Lembaga bersama Dr. Latifa Bibi binti Musafar Hameed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan, Jaringan Komuniti & Industri) diiringi Top Leaders Koop Sahabat serta wakil pengurusan UIS.
.
Penganjuran ini diharap menjadi pemangkin kepada pengenalan dasar baharu yang lebih efektif dalam memperkukuh dan memajukan koperasi sebagai pemacu sosioekonomi negara.
.

Loading

Kongsi Blog Ini:

Follow Us: