FAQ

Individu yang layak menjadi anggota Koop Sahabat ialah:

  1. Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (“AIM”)
  2. Warga Kerja Amanah Ikhtiar Malaysia
  3. Ahli Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia
  4. Warga Kerja Koop Sahabat dan Subsidiari
  1. Isi Borang Anggota Tunai yang boleh diperolehi di laman sesawang Koperasi dan pos ke alamat Ibu Pejabat Koop Sahabat yang tertera pada borang tersebut.
  2. Mengisi Borang Anggota Tunai di mana-mana Cawangan Sahabat Ar Rahnu
  3. Membuat pendaftaran dan pembayaran secara atas talian melalui aplikasi Sahabat Super Apps
  4. Membuat pembayaran melalui PTKK Belian Saham AIM

Bagi Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia yang telah mencukupi Simpanan Wajibnya sekurang-kurangnya RM120.00, boleh memohon untuk membuat penolakkan simpanan wajib sebanyak RM120.00 sehingga RM520.00 melalui borang di Pejabat Cawangan AIM.

Walaubagaimanapun bagi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia yang masih baru dan tidak mempunyai Simpanan Wajib yang mencukupi untuk pendaftaran keanggotaan, mereka boleh memohon menjadi anggota dengan membuat bayaran tunai minimum RM120.00 ke dalam akaun Koperasi seperti di bawah:

    1. KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD BANK: MAYBANK BERHAD
      NO AKAUN: 564397103605

    2. KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD BANK: ISLAM BERHAD
      NO AKAUN: 12289010000076

Seterusnya, pemohon perlu menghantar borang permohonan yang lengkap diisi ke alamat Ibu Pejabat Koop Sahabat atau dihantar kepada Cawangan Sahabat Ar Rahnu beserta dokumen berikut:

  • Salinan resit bayaran fi masuk + minimum syer sebanyak RM120.00
  • Salinan kad pengenalan pemohon


Ataupun boleh membuat bayaran sebanyak RM120.00 menerusi aplikasi Sahabat Super App

Syer koperasi boleh ditambah bila-bila masa sahaja serendah RM10.00 dan ke atas melalui cara-cara yang dinyatakan pada perkara (3). Terserah kepada anggota koperasi sendiri.

Permohonan untuk berhenti daripada menjadi anggota koperasi atau dikenali oleh Penyelesaian Anggota boleh dibuat pada bila-bila masa dan wang syer akan dikembalikan sepenuhnya. Namun begitu, bagi kategori Tarik Diri, AIM memutuskan bagi Sahabat Usahawan Aktif yang menjadi Anggota tidak boleh menarik diri dari menjadi anggota. Anggota Sahabat Aktif perlu berhenti menjadi Sahabat Usahawan Aktif AIM dahulu; baru boleh memohon anggota berhenti.

  1. Isi Borang Anggota Berhenti yang boleh diperolehi di laman sesawang Koperasi atau boleh diambil di mana-mana cawangan Sahabat Ar-Rahnu.

  2. Hantar / Poskan borang permohonan tersebut yang lengkap diisi bersama dokumen yang diperlukan ke alamat Ibu Pejabat Koperasi

  3. Proses bayaran akan mengambil masa selama enam (6) bulan dari selepas bulan penerimaan borang untuk kategori Tarik Diri Dan Keluar Sebahagian Syer dan tiga (3) bulan dari selepas bulan penerimaan borang permohonan di Ibu Pejabat Koperasi.

MANFAAT MENJADI ANGGOTA KOOP SAHABAT

  • PULANGAN DIVIDEN 10% (2023)

  • TABUNG KEBAJIKAN ‘KOOP CARE’
     – Khairat Kematian
     – Pendidikan
     – Bencana
     – Sakit Kritikal

  • DISKAUN PENGINAPAN 40%
     – Expressioz
     – Ceylonz
     – Senari Bay, Langkawi
     – Carlton Inn, Kuantan

  • PELUANG PERNIAGAAN
     – I-GPA Akaun Emas Digital (Gold Advisor/ Gold Manager)

  • DISKAUN DAN REBAT
     – Sahabat Ar Rahnu
     – Klinik Sahabat

  • PEMBIAYAAN ANGGOTA
     1) I- Lestari Niaga
     2) I- Lestari Agro
     3) I- Lestari Plus

  • LATIHAN KEUSAHAWANAN KEPADA ANGGOTA

  1. Isi Borang Koop CARE yang boleh diperolehi di laman sesawang Koperasi atau boleh juga dapatkan daripada mana-mana Cawangan Sahabat Ar-Rahnu terdekat.

  2. Sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan juga bukti-bukti bergambar dan juga laporan polis (jika diperlukan)

  1. Hantar / Poskan borang permohonan tersebut yang lengkap diisi bersama dokumen yang diperlukan ke alamat Ibu Pejabat Koop Sahabat atau mana-mana cawangan Sahabat Ar-Rahnu terdekat.

  2. Kelulusan permohonan akan diputuskan di peringkat Ibu Pejabat Koop Sahabat dan proses bayaran akan dibuat dalam tempoh 2 bulan daripada penerimaan borang.

Follow Us: