KUNJUNGAN HORMAT KOOP SAHABAT KE PEJABAT YB MENTERI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT

[ KUNJUNGAN HORMAT KOOP SAHABAT KE PEJABAT YB MENTERI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT]
.
31 Mac 2026 – Telah berlangsung sesi kunjungan hormat Koop Sahabat ke Pejabat YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga, En. Mohd Najib bin Haji Mohd Noor diiringi barisan Top Leaders, serta wakil pengurusan Koop Sahabat.
.
Koop Sahabat disambut baik oleh pihak pengurusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama barisan pegawai kanan jabatan.
.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Koop Sahabat dan pihak kementerian, di samping meneroka peluang kerjasama dalam memperkasakan sosioekonomi wanita, keluarga dan komuniti, khususnya dalam kalangan anggota Koop Sahabat melalui pendekatan koperasi yang inklusif dan mampan.
.
Pertemuan ini membuka ruang bagi membincangkan inisiatif dan potensi pelaksanaan program yang dapat menyokong serta meningkatkan kesejahteraan golongan sasar, khususnya dalam aspek pembangunan sosioekonomi dan pemerkasaan komuniti.
.
Koop Sahabat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Menteri atas kesudian menerima kunjungan ini dan berharap agar hubungan yang terjalin dapat diteruskan demi manfaat bersama serta kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.
.
 

Loading

Kongsi Blog Ini:

Follow Us: