KOOP SAHABAT SEBAGAI PENAJA PLATINUM BAGI IYC 2025 COOP WALK

[ KOOP SAHABAT SEBAGAI PENAJA PLATINUM BAGI IYC 2025 COOP WALK ]
.
14 Disember 2025 – Koop Sahabat berbesar hati menyokong program IYC 2025 Coop Walk anjuran ANGKASA sebagai Penaja Platinum, yang bermula di Dataran DBKL, Kuala Lumpur dan berakhir di Kuala Lumpur Tower (KL Tower) sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2025. Program ini merupakan larian santai sejauh 5KM.
.
Penglibatan ini mencerminkan komitmen berterusan Koop Sahabat dalam menyokong kesejahteraan komuniti, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta memperkasa gerakan koperasi. Lebih membanggakan, Anggota Lembaga, pengurusan tertinggi dan kakitangan Koop Sahabat turut bersama menyertai larian ini, sekali gus menyerlahkan kepimpinan yang berteraskan kebersamaan dan keterlibatan aktif.
.
Diharapkan penganjuran ini dapat memperkukuh semangat kebersamaan serta meningkatkan kesedaran terhadap peranan koperasi dalam membina masyarakat dan ekonomi yang mampan, selari dengan tema “Cooperatives Build A Better World.”
.
 

Loading

Share This Blog:

Follow Us: