KOOP SAHABAT MENJALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA KAKATOO F&B

[KOOP SAHABAT MENJALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA KAKATOO F&B]
.
10 Disember 2025 – Pengerusi Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad, Encik Mohd Najib bin Haji Mohd Noor, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kakatoo F&B sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha memantapkan pembangunan keusahawanan dalam kalangan anggota Koop Sahabat. Kerjasama ini diharap dapat membuka peluang yang lebih meluas dalam aspek latihan, pemindahan kemahiran, penggunaan fasiliti, serta penerapan teknologi baharu terutamanya dalam sektor makanan dan minuman (F&B).
.
Majlis menandatangani MoU ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Koop Sahabat, Puan Hartati binti Abd Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Mazri bin Mahmood, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan, Encik Md. Azman bin Hashim, ketua-ketua jabatan serta kakitangan yang terlibat.
.
Semoga usaha sama ini memberi impak positif yang berterusan dan seterusnya memperkukuh ekosistem keusahawanan dalam kalangan anggota Koop Sahabat.
.

Loading

Share This Blog:

Follow Us: