Sahabat Ikhtiar Trading Sdn Bhd sebelum ini dikenali sebagai Sahabat Ikhtiar Holdings Sdn Bhd merupakan salah satu subsidiari di bawah Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad yang kini memfokuskan perniagaan di dalam bidang perniagaan jual dan beli emas.
Hasrat SITSB adalah untuk membangunkan sektor perniagaan serta memperkukuh ekonomi disamping memperkembangkan portfolio perniagaan kumpulan Koop Sahabat.
Terlibat secara langsung dalam peruncitan wafer emas dan penjualan barang kemas terpakai yang diperoleh daripada siri-siri lelongan yang dianjurkan oleh Sahabat ArRahnu (SAR) milik Koop Sahabat.