[ KOOP SAHABAT RAIKAN KECEMERLANGAN KAKITANGAN DI KONVOKESYEN UKKM KALI KE-2 ]
.
KUALA LUMPUR, 21 Mei 2026 – Majlis Pemasyhuran Canselor & Konvokesyen Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) Kali Ke-2 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur.
.
Majlis berprestij ini turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, sekali gus menyerlahkan peranan UKKM sebagai institusi pendidikan tinggi yang komited memperkukuh pembangunan ilmu, kepimpinan dan profesionalisme dalam landskap keusahawanan serta gerakan koperasi negara.
.
Koop Sahabat turut berbesar hati menghadiri majlis ini melalui kehadiran Encik Mohd Najib bin Haji Mohd Noor, Pengerusi Lembaga Koop Sahabat; Puan Hajah Sa’adiah binti Ismail, Anggota Lembaga Koop Sahabat; Tuan Haji Mazri bin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Koop Sahabat; serta Puan Hajah Hayati binti Asmari, Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Korporat.
.
Lebih membanggakan, majlis konvokesyen kali ini turut meraikan kejayaan warga Koop Sahabat iaitu Puan Normastura binti Ab Rahman, Ketua Jabatan Hal Ehwal Anggota; Cik Mira Shaqila binti Mahamad Isa, Ketua Jabatan Kewangan Korporat, Sahabat Ikhtiar Trading; dan Encik Mohd Hakimi bin Hanawi, Pengurus Jabatan Pelaburan Strategik, yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing.
.
Dalam majlis yang sama, Koop Sahabat turut menzahirkan komitmen terhadap pembangunan ilmu dan kecemerlangan akademik melalui tajaan kepada beberapa anugerah utama. Anugerah tajaan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad telah disampaikan kepada Syed Khairul Afizi Syed Ahmad sebagai penerima Anugerah Disertasi Terbaik MBA; Trinitea Corianna Joeman Budin sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik Program Diploma Keusahawanan Koperasi; serta Nurul Izwany Ahmad sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik Program Diploma Pengurusan Koperasi.
.
Kejayaan ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan, bukan sahaja kepada para graduan dan penerima anugerah, malah kepada seluruh warga Koop Sahabat. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada budaya pembelajaran berterusan, peningkatan kompetensi dan kecemerlangan profesional dalam menyumbang kepada pembangunan organisasi, anggota serta gerakan koperasi secara keseluruhannya.
.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua graduan UKKM, khususnya warga Koop Sahabat yang diraikan pada majlis konvokesyen kali ini, serta kepada semua penerima anugerah tajaan Koop Sahabat.
.
![]()


