KUNJUNGAN DELEGASI DEWAN KOPERASI INDONESIA (DEKOPIN) KE KOOP SAHABAT

[ KUNJUNGAN DELEGASI DEWAN KOPERASI INDONESIA (DEKOPIN) KE KOOP SAHABAT ]
.
30 April 2026 – Koop Sahabat dengan penuh penghormatan telah menerima kunjungan daripada delegasi Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) yang berlangsung di Dewan Amir Hamzah, Menara Amanah Ikhtiar Malaysia.
.
Lawatan ini diadakan sebagai platform untuk memperkukuh hubungan kerjasama antara koperasi Malaysia dan Indonesia, di samping membuka ruang pertukaran pengalaman, perkongsian ilmu serta penerokaan peluang jaringan strategik antara kedua-dua negara.
.
Koop Sahabat telah diwakili oleh Encik Mohd Najib Bin Haji Mohd Noor selaku Pengerusi Lembaga, bersama barisan Anggota Lembaga serta barisan kepimpinan tertinggi (top leaders) koperasi. Sesi pembentangan pengenalan Koop Sahabat telah disampaikan oleh Encik Mohd Suhairy Bin Mat Sari, Ketua Pegawai Koperasi, yang merangkumi latar belakang, pencapaian serta model perniagaan yang dilaksanakan.
.
Delegasi DEKOPIN yang terdiri daripada 45 orang peserta ini diketuai oleh Agung Nur Fajar, Advisor Kementerian Koperasi merangkap wakil ACG Advisory. Lawatan ini turut memberi fokus kepada usaha memperkukuh networking serta membina kerjasama strategik dalam memajukan sektor koperasi di peringkat serantau.
.
Kunjungan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada kolaborasi berterusan antara koperasi Indonesia dan Malaysia, sekaligus memperkukuhkan peranan koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi dan kesejahteraan komuniti.
.
Koop Sahabat amat menghargai kunjungan ini dan komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam memperkasa ekosistem koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
.
 

Loading

Kongsi Blog Ini:

Follow Us: