KUNJUNGAN HORMAT KOOP SAHABAT KE UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

[ KUNJUNGAN HORMAT KOOP SAHABAT KE UNIVERSITI ISLAM SELANGOR ]
.
10 Disember 2025 – Koop Sahabat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, En. Mohd Suhairy bin Mat Sari, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Puan Hajah Hayati binti Asmari, serta pegawai syariah Koop Sahabat telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Islam Selangor bertempat di Dewan Senat, Kampus Universiti Islam Selangor.
.
Delegasi Koop Sahabat telah disambut oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri, Dr. Latifa Bibi binti Musafar Hameed bersama pengurusan tertinggi universiti.
.
Kunjungan ini diadakan bagi mengukuhkan jaringan strategik antara Koop Sahabat dan Universiti Islam, dengan aspirasi menjadikan Koop Sahabat sebagai wadah utama pembangunan ekonomi ummah melalui pemerkasaan keusahawanan, peningkatan kapasiti komuniti serta pembentukan ekosistem ekonomi yang lebih mampan. Selain itu, inisiatif ini turut berperanan memperkasa sektor pendidikan melalui kerjasama komprehensif antara pengamal industri dan akademik, sekali gus membuka ruang kepada pemindahan ilmu, pembangunan bakat, penyelidikan berimpak tinggi serta penyediaan peluang latihan yang mampu melahirkan modal insan unggul dan berdaya saing.
.
Selaras dengan perbincangan tersebut, Koop Sahabat menyatakan hasrat untuk menyalurkan zakat wakalah berjumlah RM15,000.00 melalui tiga program iaitu Certificate in Shariah for Banking and Finance (CSBF), Certificate of Proficiency in Shariah Standards (CPSS) dan Program Pembangunan Kendiri Pelajar. Inisiatif ini bertujuan menyokong pembangunan akademik dan sahsiah pelajar, khususnya dalam memperkukuh ilmu syariah serta kesiapsiagaan mereka dalam pasaran kerjaya masa hadapan.
.
Kunjungan ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan kolaborasi jangka panjang dalam memperkukuh ekosistem pembangunan pendidikan, komuniti, dan ekonomi setempat antara Koop Sahabat dan Universiti Islam Selangor.
.
 

Loading

Kongsi Blog Ini:

Follow Us: