Tahniah Sahabat Ar Rahnu atas kejayaan menerima Anugerah The BrandLaureate World Halal Best Brand Award bagi kategori Collateralized Borrowing/Pawn Broking Services.
Pengiktirafan berprestij ini telah disampaikan pada 12 September 2024, bertempat di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Anugerah tersebut diterima oleh Puan Hartati Binti Abd Jalil, Anggota Lembaga Koop Sahabat, dan turut hadir ke majlis, Encik Saifuddin Bin Sulaiman, Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kewangan.
Koop Sahabat komited untuk mengekalkan prestasi cemerlang demi memberi pulangan dan manfaat yang lebih baik kepada anggota koperasi. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Koop Sahabat atas sokongan padu yang diberikan selama ini.
#KoopSahabat
#DariSahabatKepadaSahabatUntukSahabat
#GerakanKoperasiWilayahPersekutuan