Soalan Lazim

Simpanan Wajib adalah sejumlah simpanan wang tabung kumpulan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia.  Walaubagaimanapun dengan penubuhan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat), sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia perlu bersetuju untuk menjadi anggota koperasi  dengan menggunakan wang tabung kumpulan sebagai fi dan syer Anggota.

Semua sahabat akan menjadi anggota koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad apabila memindahkan simpanan wajib sebanyak       RM 30.00 bagi Fi masuk dan minimum RM 100.00 bagi syer.  Namun begitu pihak Koperasi hanya akan memproses borang yang di isi dengan lengkap dan jelas tentang pembahagian persetujuan pemindahan simpanan wajib bagi bayaran fi dan syer.

Waris adalah penama yang akan menerima syer modal dan baki Simpanan Tetap anggota yang telah meninggal dunia.  Wasi pula adalah penama yang di pertanggungjawabkan untuk menguruskan syer modal dan baki Simpanan Tetap sekiranya anggota telah meninggal dunia atau hilang keupayaan secara mental dan fizikal.  Penama ini mesti diisi sewaktu Pendaftaran, iaitu dengan mengisi borang wasi. 

Individu yang layak menjadi anggota Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad ialah:

  1. Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia
  2. Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
  3. Ahli Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia
  4. Kakitangan Koop Sahabat
  5. Kakitangan Anak Syarikat Koop Sahabat