Peruncitan

Sahabat Ikhtiar Retort Sdn Bhd

Sejajar dengan kemajuan teknologi terkini, Koop Sahabat juga turut memiliki perniagaan kilang pembungkusan makanan iaitu Sahabat Ikhtiar Retort Sdn Bhd yang terletak di kawasan perindustrian Senawang, Negeri Sembilan yang mula beroperasi pada Oktober 2014 dengan kos perbelanjaan sebanyak RM1.85 Juta.

SIRSB adalah pengeluar produk makanan menggunakan teknologi retort iaitu  makanan dibungkus di dalam kantong retort “retort pouch” dan melalui proses pensterilan. Teknologi ini menjamin  produk boleh mencapai jangka hayat sehingga 2 tahun dari tarikh ianya dibungkus dan juga teknologi pembungkusan  makanan yang paling selamat digunakan serata dunia pada masakini. SIRSB turut mempunyai sijil Halal dan HACCP serta mempunyai Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dan kemudahan makmal mini untuk pembangunan produk baharu.

Koop Sahabat juga menawarkan peluang perniagaan untuk mengedar produk sedia ada, “Rebranding” produk dan turut menyediakan khidmat pembungkusan Retort ataupun pengeluaran secara “Original Equipment Manafacturer” (OEM).

 

PIAWAIAN

Kilang Bertaraf GMP


 

PENSIJILAN

HALAL, HACCP, MESTI


 

HARGA

Kompetitif & Berkualiti


 

FORMULASI

Citarasa Pelanggan 


 

TEKNOLOGI

Berteknologi Tinggi


 

KONSULTASI

Secara Percuma


 

Apa itu Teknologi Retort

  • Teknologi terkini didalam cara pembungkusan makanan, dimana makanan di bungkus ke dalam kantong retort (retort pouch) bagi memastikan mutu dan kesegaran makanan.
  • Makanan yang telah disediakan dimasukan kedalam kantong retort yang direka khas lalu kantong retort ini dikedapkan (sealed) dan disterilkan dengan menggunakan mesin yang  direka khas di luar negara. Produk yang dihasilkan mempunyai mutu yang tinggi dan mengurangkan pembaziran sisa makanan. Jangka hayat produk adalah sehingga 2 tahun kerana ianya tidak tercemar setelah ianya disterilkan.
  • Dengan teknologi retort makanan tidak perlu menggunakan bahan pengawet yang tidak baik untuk kesihatan.
  1.  

Kelebihan Teknologi Retort

  • Makanan berkualiti tinggi

Pembungkusan yang nipis membenarkan penembusan haba yang lebih cekap berbanding penggunaan tin.

  • Jangka hayat yang panjang

Pensterilan memusnahkan bakteria dan spora yang bertanggungjawab terhadap keracunan makanan, menjadikan makanan selamat untuk dimakan. Ianya menjadikan produk bertahan untuk tempoh dua (2) tahun.

  • Pembungkusan yang mudah

Produk boleh disimpan pada suhu bilik. Namun, apabila sudah dibuka, ianya hendaklah disimpan di dalam peti sejuk. Kantung juga mudah dibuang selepas digunakan.

  • Menjimatkan masa

Penyediaan menggunakan produk adalah mudah. Produk Ready to Eat (RTE) hanya perlu dipanaskan di dalam gelombang ketuhar selama 1-2 minit dan sedia untuk dimakan. Masa untuk memasak dapat dijimatkan.

Perkhidmatan

  • Produk Meal Ready To Eat (MRE) & Sos (Paste)
  • OEM (Original Equipment Manufacturer)
  • Rebranding
  • Penyelidikan & Pembangunan Produk (R&D)

Hubungi Kami

  • No. 11B, Lot PT 14725, Kawasan Perusahaan Senawang Baru, Negeri Sembilan, 70400 Seremban
  • 06-675 1526 | 012-582 6601 (CIK ASMAH)

Penambahan perniagaan yang dinamik oleh Koop Sahabat ialah pengeluaran produk kosmetik dengan penjenamaan sendiri adalah salah satu peningkatan portfolio Koop Sahabat menerusi peruncitan.

Koop Sahabat telah menghasilkan produk kosmetik yang diperkenalkan dengan jenama tersendiri iaitu Duta Beautee diyakini akan menembusi pasaran seiring dengan pasaran terkini dengan pilihan warna yang sesuai dengan kesemua peringkat umur.

Produk yang dipasarkan adalah:-

  • Eyeshadow dengan 8 pilihan warna
  • Lipstick dengan 10 pilihan warna
  • 2 Way cake foundation powder
  • Full coverage foundation

Perniagaan Import & Eksport produk makanan “Halalan Toyyiban” keratan ayam dan daging.

Koop Sahabat mengambil mengambil inisiatif dengan menceburi bidang perniagaan import & eksport bagi mengembangkan portfolio yang sedia ada disamping meningkatkan pendapatan Koop Sahabat serta memberikan pulangan yang lumayan kepada anggotanya.

Inisiatif ini selari dengan analisa yang diperoleh berkenaan peningkatan permintaan pada kadar purata 8.17% bagi permintaan daging import manakala 13% bagi permintaan keratan ayam di Malaysia.

Projek pemborongan dan peruncitan merupakan usaha pihak Koop Sahabat dalam meneroka peluang perniagaan yang berimpak tinggi. Perniagaan ini telah dikenalpasti mempunyai potensi untuk diperbesarkan sehingga ke arah pasaran global dengan penjenamaan Koop Sahabat sebagai pengeksport utama negara.