
Skim SAR merupakan perkhidmatan pembiayaan mikrokredit tambahan kepada skim pembiayaan yang sedia ada bertujuan membantu masyarakat terutama Anggota semasa kesempitan wang dengan memberi hutang bercagar menurut landasan hukum syariah dan merupakan usaha murni yang bermatlamat memberi peluang bermuamalah berlandaskan syariat kepada umat Islam yang mementingkan aspek halal di dalam urusniaga selain dari memberikan alternatif kepada masyarakat bagi memenuhi tuntutan kewangan untuk kegunaan peribadi dalam jangkamasa pendek

Kelayakan
- Terbuka kepada anggota dan bukan anggota
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemegang passport warga asing yang layak
- Hadir sendiri dan membawa pengenalan diri bergambar
- Cagaran emas sahaja dan adalah hak milik sendiri
- Berakal dan tidak berada dalam ketagihan dadah atau apa-apa yang memabukkan semasa urusniaga
- Alamat dan maklumat terkini
Kelebihan Sahabat Ar Rahnu
- Cepat,Mudah dan Selamat
- Bebas Dari CCRIS & CTOS
- Bebas `Riba`
- Tiada Yuran Proses
- 12 Bulan Tempoh Gadaian
- Menerima Pelbagai Jenis Mutu Dan Bentuk Emas
- Menerima pembayaran balik pinjaman secara Ansuran
- Lebihan Lelongan Dikembalikan
Konsep gadaian semula
- Penggadai adalah dibenarkan untuk menggadai semula barang gadaian yang sama dengan syarat pembiayaan dan upah simpan yang lama dijelaskan secara pelarasan dengan pembiayaan baru. Jumlah pembiayaan baru adalah bergantung kepada nilai marhum semasa.
- Atau mengurang / menambah bilangan item gadaian maka penebusan perlu dilakukan dan penggadai perlu melakukan gadaian semula
Pembiayaan
- Hingga 70% margin pembiayaan dari nilai emas
- Jumlah pembiayaan terkumpul keseluruhan bagi seseorang penggadai tidak melebihi RM50,000.00 hingga RM150,000.00 (jumlah maksima bergantung kepada kategori cawangan).
- Had pembiayaan harian tidak melebihi RM20,000.00 hingga RM50,000.00 (jumlah maksima bergantung kepada kategori cawangan).
Kadar Upah Simpan (Pajak Gadai)
- Upah simpan dikira berdasarkan nilai marhun dan tempoh bilangan bulan gadaian ditebus.
- Kadar upah simpan minimum bersamaan dengan kadar setengah bulan akan dikenakan ke atas barang gadaian yang ditebus bagi tempoh yang kurang daripada 15 hari.
- Kadar upah simpan adalah seperti berikut :-
Nilai Marhun (RM) | Kadar Upah Simpan | |
Upah Simpan Biasa (RM) | Upah Simpan Anggota (RM) | |
1.00 – 400.00 |
0.80 |
0.75 |
401.00 – 2,000.00 |
0.90 |
0.85 |
2,000.01 dan ke atas |
1.00 |
0.95 |
Cagaran emas yang diterima (Marhun)
Cagaran emas yang diterima (Marhun) |
|
Barang Kemas |
999 , 916 , 900 , 835 , 750 |
Syiling Emas (0.5gm sehingga 50gm) | |
Wafer Emas (0.5gm sehingga 50gm) | |
Barang Kemas yang mempunyai batu permata (Tertakluk pada terma dan syarat) |
Senarai Cawangan Sahabat Ar Rahnu
Pengenalan
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) telah meluluskan produk pembiayaan i – Lestari bagi membantu anggota menyelesaikan masalah kewangan. Produk ini merupakan pembiayaan peribadi tanpa cagaran yang ditawarkan kepada anggota yang layak.
Kadar Pembiayaan
- 7.00% (bagi permohonan 1 hingga 3 tahun)
- 8.00% (bagi permohonan 4 hingga 10 tahun)
Kelayakan
- Ahli Koop Sahabat
- Saham minimum RM1,000.00
- Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 70 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
Sebarang pertanyaan lanjut dan kekeliruan berkenaan produk i-Lestari , sila hubungi:-
-
017-609 6145 (ENCIK WAFI)
-
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) telah meluluskan produk pembiayaan Umrah Ziarah bagi membantu anggota mengerjakan ibadah Umrah. Urusan Umrah dan Ziarah ini akan diuruskan oleh Agensi bertauliah yang telah dilantik oleh Koop Sahabat. Produk ini merupakan produk pembiayaan peribadi patuh Syariah yang berlandaskan konsep Tawarruq dengan kadar pembiayaan serendah 5%
Kelayakan
- Ahli Koop Sahabat
- Saham minimum RM7,000.00
- Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 70 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
Ciri-Ciri
- Jumlah minimum pembiayaan sebanyak RM7,000.00 tertakluk kepada kelayakkan.
- Tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun
- Tidak memerlukan penjamin
- Kadar keuntungan dikira berdasarkan pada kadar tetap (flat rate)
- Perlindungan Tabung Khairat
- Tabung Khairat merupakan mekanisma dalaman sebagai alternatif kepada Takaful.
- Caj Proses RM 100.00 bagi setiap permohonan pembiayaan yang diluluskan.
Sebarang pertanyaan lanjut dan kekeliruan berkenaan produk i-Umrah , sila hubungi:-
-
017-609 6145 (ENCIK WAFI)
-