Profil Koperasi

Sejarah Penubuhan

Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad yang juga dikenali sebagai Koop Sahabat telah ditubuhkan secara rasminya pada 30 Ogos 2012 dan ibu pejabat bertempat di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Penubuhan Koop Sahabat adalah hasil dari Mesyuarat Perancangan Strategik di antara anggota Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan AIM pada 4 & 5 Mac 2012 telah menzahirkan dalam misinya iaitu dengan memperkasakan modal insan dan menambah kecekapan dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada sahabat melalui penubuhan Koperasi  Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad.

Muat turun Logo

 Logo rasmi Koop Sahabat adalah pada pautan di bawah:

[ LOGO RASMI KOOP SAHABAT ]

[ LOGO RASMI KOOP SAHABAT (outline) ]

PANDUAN PENGGUNAAN

1. Bagi penggunaan logo di dalam rekaan grafik, kedudukan logo hendaklah bersesuaian dan disusun mengikut kekananan dan peringkat kegunaan.

2. Logo Koop Sahabat hendaklah diletakkan di dalam keadaan jelas dan nyata di atas latar belakang yang tidak serabut agar dapat dilihat dengan jelas.

3. Elakkan meletak logo Koop Sahabat di atas latar belakang yang akan mengganggu kejelasan dan menenggelamkan logo.

4. Komposisi lebar dan tinggi haruslah dikekalkan apabila logo dibesar atau dikecilkan. Sebarang bentuk pengubahsuaian adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5. Bagi apa jua aplikasi, logo harus dikekalkan secara penuh dan tidak boleh dipotong atau diambil sebahagian sahaja.

7. Sekiranya penggunaan logo bagi bersaiz besar (contoh: Banner, Billboard), sila dapatkan salinan lembut (Softcopy) daripada Jabatan Komunikasi Korporat.

8. Mana-mana entiti yang perlu menggunakan logo Koop Sahabat yang melibatkan pihak ketiga ataupun menyerahkan logo Koop Sahabat untuk digunakan oleh pihak ketiga perlulah berhubung dengan Jabatan Komunikasi Korporat.