Hartanah 1

Koop Sahabat turut menjalankan aktiviti perhotelan iaitu dengan menguruskan Carlton Inn Bukit Ubi, Kuantan

Carlton Inn Bukit Ubi, Kuantan

Dibangunkan dengan aspirasi untuk menjadi hotel berkonsepkan butik yang di pasarkan dengan kadar berpatutan yang yang dimiliki oleh Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad di bawah pengurusan Carlton Inn Sdn Bhd. Hotel ini telah mula beroperasi pada 28 Jun 2018.

Dilengkapi dengan penghawa dingin, kemudahan membuat minuman didalam bilik, tandas dilengkapi dengan “hot & cold shower”di dalam bilik serta flat screen TV dengan saluran HyppTV (unifi) untuk hiburan didalam bilik hotel.  Kemudahan lain yang disediakan adalah “2 in 1 Hair and Body Shampoo” di setiap bilik dan Kemudahan Wi-Fi secara percuma.

Di Kuantan terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Antara tempat menarik berkenaan seperti pusat membeli belah terbesar di Kuantan East Coast Mall (ECM) dan Kuantan City Mall (KCM) hanya 5 minit dari lokasi hotel. Hotel budget yang berkonsepkan butik ini berdekatan dengan Pusat Bandar Kuantan dan 15 minit pemanduan ke Pantai terkenal di Kuantan iaitu Pantai Teluk Chempedak dan Taman Gelora. Manakala untuk pelancong yang meminati hasil seni, terdapat juga Muzium Seni Pahang yang jaraknya hanya 2KM dari hotel kami.

Kakitangan kami bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris bagi memudahkan berkomunikasi  baik dengan tetamu. Kaunter hadapan yang beroperasi 24 Jam sehari untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. 

Expressionz Professional Suite di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Expressionz Professional Suite yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur merupakan kediaman mewah yang menawarkan penginapan kehidupan kosmopolitan di Kuala Lumpur. Lokasi yang sangat strategik serta berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa, Perpustakaan Negara, Istana Budaya, Hospital Pusrawi, bangunan Bernama dan Instisuti Jantung Negata.  Terdapat dua pilihan unit yang ditawarkan oleh Expressionz Professional Suite yang dimiliki oleh Koop Sahabat iaitu Premium Suite (Suite 1 Bilik) dan Expressionz Suite (Suite 2 Bilik). Mempunyai sebuah kolam renang infiniti yang terletak di tingkat 48 yang boleh melihat keindahan permandangan 360 darjah Kuala Lumpur dan kawasan Tasik Titiwangsa yang menakjubkan selain sebuah kolam renang biasa dan kanak-kanak di tingkat 8. Selain daripada itu Expression Professional Suite mempunyai kemudahan yang lengkap pada setiap unit-unit suite milik Koop Sahabat seperti dapur yang serba lengkap dengan ketuhar, peti sejuk, mesin basuh berserta pengering, seterika berserta papan seterika, TV skrin rata, penghawa dingin di setiap ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur, bilik mandi peribadi dengan tab mandi, pengering rambut dan peralatan mandian percuma.

Tamu Suite di Kampung Bahru, Kuala Lumpur

Tamu Suite juga merupakan kediaman mewah yang terletak di dalam Hotel Tamu & Suite di Kampung Bahru, Kuala Lumpur. Terletak di tengah pusat bandar Kuala Lumpur, Tamu Suite boleh dihubungkan ke Kampung Bahru dengan berjalan kaki menuruni bangunan Tamu Suite selain hanya terletak 2km dari KLCC. Tamu Suite yang dimiliki Koop Sahabat menawarkan unit-unit suite satu bilik dan suite dua bilik yang mempunyai kelengkapan seperti ruang tamu dan ruang makan lengkap dengan penghawa dingin sertaTV skrin rata, dapur serba lengkap dengan ketuhar, peti sejuk serta peralatan memasak, ruang bilik tidur yang dilengkapi dengan penghawa dingin, meja belajar, seterika berserta papan seterika disamping bilik mandi peribadi dengan tab mandi, pengering rambut dan peralatan mandian percuma. Selain itu Tamu Suite menyediakan kolam renang luaran yang selesa untuk keluarga.

Untuk keterangan lanjut berhubung kedua-dua kediaman mewah ini atau ingin membuat tempahan boleh hubungi:-

Koop Sahabat banyak membuat pelaburan keatas lot kedai dan pejabat meliputi seluruh Malaysia dimana pelaburan jenis ini merupakan satu pelaburan jangka panjang bagi Koop Sahabat dan secara tidak langsung menjadi aset kepada Koop Sahabat. Pelaburan terhadap pemilikan lot kedai/pejabat menjana keuntungan melalui kaedah penyewaan dan peningkatan nilai pasaran dari semasa ke semasa. Kebanyakan lot kedai/pejabat ini disewakan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad untuk dijadikan pejabat operasi wilayah dan cawangan. Selain itu sahabat Ar Rahnu Koop Sahabat juga ditempatkan di lot kedai/pejabat milik Koop Sahabat. Antara lot kedai/pejabat milik Koop Sahabat adalah seperti berikut:

 

  • 84 & 85, Jalan MPK 3, Medan Perdagangan Kepayang, 76200 Seremban, Negeri Sembilan
  • PT 6508, Kampung Raja, 22200 Besut, Terengganu
  • Lot PT 35464, Dataran Austin, Wakaf Tembusu, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
  • B-802 & B-804, Jalan Bukit Ubi, 25200 Kuantan, Pahang
  • 39, Susur Alamanda 4, Pusat Perniagaan Alamanda, 08200 Sik, Kedah
  • G-K-18 & G-K-19, Kota Bharu City Point, Jalan Ismail Hilir, 15000 Kota Bharu, Kelantan
  • Lot 8039, Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh, Pasir Tumboh, Jalan Pasir Puteh, 16150 Pasir Puteh, Kelantan.
  • 5 Unit Kedai Pejabat, 2 & 3 Tingkat, Medan Putra II, 05150 Alor Setar, Kedah