Pengenalan Ar Rahnu

Skim ABG merupakan perkhidmatan pembiayaan mikrokredit tambahan kepada skim pembiayaan yang sedia ada bertujuan membantu masyarakat terutama Anggota semasa kesempitan wang dengan memberi hutang bercagar menurut landasan hukum syariah.

Skim ABG merupakan usaha murni yang bermatlamat memberi peluang bermuamalah berlandaskan syariat kepada umat Islam yang mementingkan aspek halal di dalam urusniaga selain dari memberikan alternatif kepada masyarakat bagi memenuhi tuntutan kewangan untuk kegunaan peribadi dalam jangkamasa pendek

actvt_02

Konsep Ar Rahnu

Konsep sistem ABG adalah seperti berikut :

  • ABG ialah satu sistem pajak gadai atau pembiayaan Islam  yang diberikan kepada Anggota atau orang ramai di mana pembiayaan tersebut dijamin dengan harta yang digadaikan sebagai sandaran.
  • Sistem yang diamalkan ini berdasarkan kepada peraturan- peraturan yang dibenarkan oleh syariat Islam.
  • Mengikut sistem ini, penggadai tidak dikenakan bayaran faedah atas pembiayaan yang diberikan.
  • Bayaran berbentuk upah simpan dikenakan atas barang gadaian yang disimpan dan dijaga oleh ABG selaku pemegang gadai.
  • Untuk melindungi kepentingan penggadai dan pemegang gadai, beberapa peruntukan/garis panduan tertentu telah dimasukkan ke dalam Aturan ini.

Kelayakan

Kemudahan pajak gadai Islam ini terbuka kepada Anggota dan Bukan Anggota Koperasi Sahabat dengan mematuhi syarat-syarat berikut :

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemegang passport warga asing yang layak
  • Hadir sendiri dan membawa pengenalan diri bergambar
  • Cagaran emas sahaja dan adalah hak milik sendiri
  • Berakal dan tidak berada dalam ketagihan dadah atau apa-apa yang memabukkan semasa urusniaga
  • Alamat dan maklumat terkini

 

Barang Gadaian

a. Hanya barangan yang diperbuat daripada emas sahaja yang boleh diterima sebagai cagaran/jaminan/sandaran gadaian. Antara jenis barangan yang diperbuat daripada emas adalah seperti berikut :

  • Barangan kemas samada tanpa atau dengan permata
  • Jongkong atau wafer
  • Syiling, bullion atau dinar
  • Barangan berharga yang diluluskan oleh Ahli Lembaga dan Panel Syariah

b. Barang gadaian yang boleh diterima perlu mempunyai mutu emas seperti berikut :

Mutu Emas Kandungan Emas
24.0 karat 99.9%
22.8 karat 95.0%
22.0 karat 91.6%
21.0 karat 87.5%
20.0 karat 83.5%
18.0 karat 75.0%

c. Sekiranya barangan gadaian mempunyai batu permata (berlian, delima, zamrud atau lain-lain batu berharga), penaksir hendaklah menolak berat batu-batu tersebut secara anggaran.

d. Bagi barangan yang mengalami kerosakan seperti putus, patah, kemik atau tertanggal permata, hendaklah dimaklumkan kepada penggadai.              

Kadar Upah Simpan (Pajak Gadai)

Nilai Marhun (RM) Kadar Upah Simpan
Kadar Upah Biasa (RM) Kadar Upah Anggota (RM)
1.00-400.00 0.80 0.75
401.00-2,000.00 0.90 0.85
2,000.01 dan ke atas 1.00 0.95

Kadar Upah Perkhidmatan Penyimpanan Barang Kemas

Perkara Kadar Upah (RM)
Kadar Upah Sebulan RM0.40/RM100.00 nilai emas semasa

Pembiayaan

  • Had pembiayaan yang diberikan adalah maksima sehingga 70% daripada nilai emas marhun yang dipajak gadai.
  • Seseorang penggadai dibenarkan membuat gadaian dengan had pembiayaan harian tidak melebihi RM20,000.00 hingga RM50,000.00 (jumlah maksima bergantung kepada kategori cawangan).
  • Jumlah pembiayaan terkumpul keseluruhan bagi seseorang penggadai tidak melebihi RM50,000.00 hingga RM150,000.00 (jumlah maksima bergantung kepada kategori cawangan).
  • Walau bagaimanapun, pihak ABG boleh meminda had gadaian dalam keadaan yang difikirkan munasabah
tempoh_gadai_v3

Senarai Cawangan Ar Rahnu Biro Gadaian

ABG PASIR TUMBOH

SITI NORAZITA BINTI ARIFIN
09-7644843
abgpasirtumboh@koopsahabat.my
6.054882, 102.280919

ABG JERTIH

MUHAMMAD ZULHUSNI BIN AB WAHAB
09-6904699
abgjertih@koopsahabat.my
5.737629, 102.496303

ABG GONG BADAK

NURU NASUHA BINTI JOHARI
09-6623357
abggongbadak@koopsahabat.my
6.054882, 102.280919

ABG KEMAMAN

RAHMAT MARYAM BINTI MUHAMAD
09-8582608
abgkemaman@koopsahabat.my
4.224652, 103.419396

ABG MERU

NUR HIDAYAH BT MT LIB
03-33938526
abgmeru@koopsahabat.my
3.134552, 101.439871

ABG MENTAKAB

NORHAFIZAH BINTI KERIA
09-2709500
abgmentakab@koopsahabat.my
3.484444, 102.350541

ABG SHAH ALAM

NUR ASHIKIN BINTI KARIM
03-55410211
abgshahalam@koopsahabat.my
3.056067, 101.541991

ABG MANJUNG

SURIATI BINTI AWANG
05-6893186
abgmanjung@koopsahabat.my
4.023285, 101.020781

ABG TELUK INTAN

NURUL HASHIKIN BT MOHAMAD
05-6205021
abgtelukintan@koopsahabat.my
4.023287, 101.020780

ABG PENG. CHEPA

MUHAMMAD BAHAUDDIN BIN ZAKARIA
09-7730245
abgpengkalanchepa@koopsahabat.my
3.827168, 103.3388688

ABG KUANTAN

NURUL JANNAH BT MOHAMAD
09-5600748
abgkuantan@koopsahabat.my
6.054882, 102.280919

ABG SG.BESAR

NUR SYAFINAZ BINTI MOHD YUSOFF
03-32241918
abgsungaibesar@koopsahabat.my
3.672677, 100.985290

ABG BANTING

MOHD SUZARIN BIN SHAMSUDIN
03-31801077
abgbanting@koopsahabat.my
2.810683, 101.497354

ABG JITRA

SAIDATUL NADIA BINTI SALLEUDIN
04-9163541
abgjitra@koopsahabat.my
6.254884, 100.419166

ABG ALOR SETAR

MOHD ZUKARNAIN BIN ARABI
04-7715962
abgalorsetar@koopsahabat.my
6.097737, 100.364508