BERITA & PENGUMUMAN

MAKLUMAN PEMBAYARAN DIVIDEN 2019
Alhamdulillah syukur, Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-7 (MAPT) Koop Sahabat telah meluluskan pulangan dividen sebanyak 8.5 peratus bersamaan RM 4.25 Juta kepada 222, 298 anggota berdasarkan modal syer bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019. Sehubungan dengan itu, pembayaran dividen kepada anggota secara berperingkat bermula pada 26 November sehingga 31 Disember 2020. Pembayaran dividen ini selepas menolak pemotongan zakat berjumlah 2.5 peratus. Anggota yang mempunyai nombor akaun, bayaran dividen akan dibayar ke dalam akaun anggota dan yang tidak mempunyai nombor akaun, dividen akan di kreditkan ke akaun syer. Permohonan bagi pengeluaran dividen tahun 2019 boleh dilakukan bermula 1 Disember sehingga 28 Februari 2021 dengan mengisi borang pengeluaran dividen. Borang boleh diperolehi melalui Pegawai Lapangan, Ibu Pejabat Koop Sahabat dan muat turun menerusi laman web Koop Sahabat. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi / Whatsapp talian keanggotaan : 011 – 1072 3138. |

Cawangan Sahabat Ar-Rahnu di seluruh Malaysia : Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi cawangan berhampiran anda Selangor: Perak: Kedah: Kelantan, Terengganu dan Pahang: 3. Bachok, Kelantan (09-7640018)
Negeri Sembilan: Melaka: |