Pelaburan Usahasama

matrix
 PRODUK
PELABURAN SEBANYAK RM6 JUTA DALAM SYARIKAT MATRIX ENERGY SDN BHD (PREFERENCE SHARE)
KETERANGAN
  1. Pelaburan dalam peningkatan kecekapan tenaga dan penjimatan kos projek.
  2. Matrix Energy Sdn Bhd merupakan syarikat menjalankan perniagaan pembekalan produk penjimatan tenaga elektirk termasuk penyelenggaraan selama 21 tahun.
  3. Koperasi Sahabat memperuntukan sebanyak RM6 Juta bagi merealisasikan usahasama ini.
  4. Projek pemasangan : KFC sekitar Lembang Klang
rabia
PRODUK SAHABAT RABIA VENTURE SDN. BHD
KETERANGAN
  1. Strategi pemasaran menggunakan kepakaran Nouvelles Visage
  2. Pengeluaran produk kecantikan wanita berasaskan kolagen dan bahan semula jadi.
  3. Dengan jenama Koperasi Sahabat sendiri
  4. Maklumat produk seperti:-
      - Sakura Kolagen
      - Sakura Medicated Soap
      - CCDD Sakura Cream
      - Sakura Sunblock
      - Minuman  "Anti Oksidan'
PRODUK  REDONE NETWORK SDN BHD (Sales Advisor)
KETERANGAN
  1. RedOne Network Sdn Bhd merupakan syarikat yang bekerjasama dengan Celcom Axiata untuk menawarkan talian telefon (postpaid).
  2. Dengan menggunakan konsep Back To Basic, menjadikan ia istimewa dan berbeza berbanding pakej-pakej talian sediada di pasaran. Konsep ini menawarkan pakej yang terendah mengikut keperluan dan kehendak pelanggan.
  3. Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad menjalinkan hubungan rakan strategik bersama pihak RedOne pada tahun 2016 dengan mendaftar 7 Akaun Sales Advisor (SA) dengan tawaran komisen yang lumayan.
PRODUK  AQELA LUBRICANT (Pengilang dan Pengedar)
KETERANGAN
  1. Pengilangan dan pengedaran minyak pelincir ini adalah hasil usahasama bersama Al Wadi Oil & Gas Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2007 yang memfokuskan dalam bidang Oil & Gas.
  2. Aqela Lubricant diedarkan dan dipasarkan dengan 5 variasi yang menawarkan kualiti yang terjamin yang mendapat sentuhan teknologi Jerman di mana variasi tersebut dapat digunapakai kepada setiap jenis kenderaan.
  3. Pihak Koperasi Sahabat telah membuka permohonan kepada Anggota/ Sahabat untuk menjadi pengedar sah Aqela Lubricant ini dengan margin keuntungan yang kompetitif iaitu sebanyak 15-25%.