Mengenai i-Usahawan

 LEMBARAN PENZAHIRAN PRODUK i-USAHAWAN
(Sila baca   Lembaran   Penzahiran   Produk   ini   sebelum   anda   memutuskan   untuk   memohon i-Pemfaktoran. Sila baca terma & syarat am)

 1. Produk
Produk ini merupakan produk i-Usahawan dengan cagaran atau penjamin yang dikira berdasarkan kadar tetap.
2. Konsep Syariah
Menggunakan kontrak Tawarruq iaitu merujuk kepada kontrak yang melibatkan transaksi membeli komoditi pada harga tertangguh dalam bentuk murabahah, kemudian menjualnya kepada pihak ketiga dengan tujuan untuk mendapatkan wang tunai.
 3. Ciri Produk
Kadar keuntungan
8% setahun pada kadar tetap
RM i-Usahawan
Dari RM30,000.00 hingga RM300,000.00
Margin
Sehingga 95%
Tempoh
6 bulan - 10 tahun (Bergantung kepada RM Pembiayaan Maksimum)
Harga Jualan Oleh Koperasi SAHABAT
Sila Rujuk Lampiran Jadual Bayaran Keuntungan dan Bayaran Bulanan
Mod Bayaran
Bulanan
RM Ansuran Sila Rujuk Lampiran Jadual Bayaran Keuntungan dan Bayaran Bulanan
4. Fi Dan Caj
Duti setem  : MengikuAkta DutSete194(semakan1989)
Caruman Tabung Khairat Hutang  : RM6.00 setahun bagi setiap RM1,000 berdasarkan baki tahunan bagi umur 60 tahun dan ke bawah; atau RM12.00 setahun bagi setiap RM1,000 berdasarkan baki tahunan bagi umur lebih 60 tahun hingga 75 tahun.
Fi pemprosesan    : RM100.00
Fi Guaman  : Mengikut ketetapan pihak peguam panel
Ibra' (rebat) Diberikan bagi penyelesaian sebelum tarikh matang (early settlement). Jumlah Ibra(rebatdkirmenggunakaformulseperti dbawah:
Rebat = n(n+1) X Jumlah Keuntungan
T(T+1)
n = Bilanganbulanyangtinggalberdasarkan tempohyangtelahdijadualkan
T=Tempoh(bulanan)
5. Jenis Cagaran
Cagaran Tanah
  1. Aset yang boleh dicagar adalah bangunan atau tanah
  2. Aset tersebut mestilah dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang mencagar. Aset yang masih dalam pembiayaan/pinjaman dengan pihak institusi kewangan tidak boleh dicagarkan.
  3. Tanah yang dicagarkan bukan Tanah Rezab Melayu kecuali untuk Negeri Pahang, Kedah, Melaka dan Pulau Pinang.
Penjamin Berpendapatan Tetap
Penjamin yang berpendapatan tetap yang berkhidmat minima 3 tahun di :
    1. Agensi/Jabatan/Kementerian Kerajaan Malaysia
    2. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
    3. Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)
    4. Syarikat Berstatus Berhad
    5. Anak Syarikat kepada perkara (a) – (d))
Nota : Gaji bersih penjamin mestilah melebihi jumlah bayar balik bulanan.    
6. Kelayakan RM i-Usahawan
Telah menyelesaikan pembiayaan di AIM minima RM15,000.00 dan tidak mempunyai pembiayaan ekonomi yang masih aktif di AIM [Rujukan KS/BPN/300-06/02 (03) bertarikh 25hb. Februari 2015].

Maklumat pembiayaan:-

Jenis Cagaran Bilangan Pembiayaan RM Pembiayaan Maksimum Tempoh Pembiayaan Maksimum Peringkat Penilaian Kelulusan
  1. Cagaran Tanah
  2. Penjamin Berpendapatan Tetap

Kali Pertama

RM30,000 - RM60,000

6 bulan -

3 tahun

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pembiayaan i-Usahawan

Kali Kedua

RM30,000 - RM60,000

6 bulan -

3 tahun

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pembiayaan i-Usahawan

RM61,000 - RM120,000

6 bulan -

7 tahun

Mesyuarat Jawatankuasa i-Usahawan

Kali Ketiga

RM30,000 - RM60,000

6 bulan -

3 tahun

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pembiayaan i-Usahawan
RM61,000 - RM120,000

6 bulan -

7 tahun

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pembiayaan i-Usahawan
RM121,000 - RM300,000

6 bulan -

10 tahun

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi
Keterangan:-
Pelanggan i-Usahawan yang perlu memohon pembiayaan kali pertama terlebih dahulu dan menyelesaikan bayaran sepenuhnya bagi melayakkan permohonan kali kedua dibuat. Bagi permohonan kali ketiga pula tertakluk kepada penyelesaian pembiayaan kali kedua.
 
Jadual di atas sebagai panduan permohonan sahaja. Kelulusan RM i-Usahawan adalah tertakluk kepada polisi yang telah ditetapkan dan keputusan mutlak Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad.
7.Lain-Lain
Deposit Sekuriti  2 bulan ansuran (ditolak daripada RM kelulusan) dan akan dipulangkan semula selepas selesai bayaran balik sepenuhnya.
Jumlah Saham   Jumlah minimum mestilah RM1,000.00 dan caruman saham minimum RM1,000.00 ini dibenar dibuat setelah permohonan diluluskan. [Keputusan Jawatankuasa Ar-Rahnu dan i-Usahawan Kali-01, Bil 1/2015]
Cara Bayaran

Pelanggan i-Usahawan perlu mengemukakan 1 tahun bayaran (12 keping) Cek Tertunda Tarikh atas nama Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad. [Keputusan Jawatankuasa Kecil Pembiayaan Bil 21/2014)]

Nota : Cek ini perlu disertakan bersama Surat Tawaran, Perjanjian Kemudahan dan Perjanjian Jaminan yang telah lengkap ditandatangani selepas dari proses kelulusan.
Tarikh Mula Bayar Balik

Setiap 28hb pada bulan berikutnya selepas menerima bayaran i-Usahawan

Simpanan Koperasi
Simpanan Koperasi Jumlah i-Usahawan
RM50.00 RM30,000 – RM50,000
RM100.00 RM51,000 – RM100,000
RM200.00 RM101,000 – RM200,000
RM300.00 RM201,000 – RM300,000

Simpanan koperasi ditambah pada amaun bayar balik bulanan sepanjang tempoh pembayaran dan akan dipulangkan semula selepas selesai bayaran balik sepenuhnya.

Syarat Permohonan
  1. Ahli Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad.
  2. Berumur 75 tahun dan ke bawah pada tarikh tamat i-Usahawan.
  3. Tidak muflis bagi pemohon dan penjamin
  4. Tiada rekod tindakan undang-undang dikenakan ke atas pemohon, penjamin dan pengguna modal (projek pipeliner) dari mana-mana bank, agensi, syarikat dan individu berdasarkan semakan laporan kredit kewangan di RAM Credit Info (RAMCI) - [Keputusan Jawatankuasa Kecil Pembiayaan Bil 21/2014]
  5. Kadar kehadiran ke Mesyuarat Pusat AIM sekurang – kurangnya 70% bagi SAHABAT AIM.
  6. Mempunyai projek berdaya maju dan projek tersebut sebelum ini dibiayai oleh AIM bagi SAHABAT AIM
  7. Mempunyai cagaran atau penjamin
  8. Mempunyai daftar perniagaan
  9. Wajib menyimpan dalam Simpanan Koperasi (RM50.00 – RM300.00)
  10. Keutamaan diberi kepada anggota yang mempunyai akaun perniagaan yang diselia oleh Setiausaha Syarikat bertauliah
  11. Kelulusan tertakluk kepada laporan risiko pelanggan, penjamin dan individu yang menjalankan projek pelanggan seperti suami.