Mengenai i-Pemfaktoran

 LEMBARAN PENZAHIRAN PRODUK I-PEMFAKTORAN
(Sila baca Lembaran Penzahiran Produk ini sebelum anda memutuskan untuk memohon i-Pemfaktoran. Sila baca terma syarat am)
 1. Produk

Produk ini merupakan produk i-Pemfaktoran iaitu kemudahan kewangan yang membolehkan sesebuah entiti  perniagaan menjual invoisnya kepada Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad bagi mendapatkan tunai.

 2. Konsep Syariah
Pemfaktoran Islam ini menggunakan akad jual beli hutang atau Bayal-Dayn iaitu kontrak jual beli ke atas hutang yang terbentuk daripada aktiviti perniagaan yang selaras dengan syarak.
Menggunakan kontrak Tawarruq iaitu merujuk kepada kontrak yang melibatkan transaksi membeli komoditi pada harga tertangguh dalam bentuk murabahah, kemudian menjualnya kepada pihak ketiga dengan tujuan untuk mendapatkan wang tunai.
 3. Ciri Produk
Kadar keuntungan  8% setahun pada kadar tetap
RM i-Pemfaktoran  Sehingga RM200,000.00
 Modus Operandi
  1. Anggota Koperasi membekalkan barangan / perkhidmatan kepada pelanggan yang diterima oleh Koperasi Sahabat untuk pemfaktoran. Pelanggan yang diterima adalah Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
  2. Klien menyerahkan salinan invois, pesanan belian dan arahan penyerahan kepada Koperasi Sahabat.
  3. Koperasi Sahabat membuat bayaran pendahuluan tunai kepada klien sehingga 80 peratus dari jumlah invois.
  4. Koperasi Sahabat menghantar penyata akaun bulanan kepada pelanggan, peringatan dan resit.
  5. Pelanggan membuat pembayaran kepada Koperasi Sahabat seperti tarikh yang ditetapkan.
  6. Koperasi Sahabat membuat bayaran baki invois selepas ditolak kos-kos yang terlibat.
Contoh Pengiraan Anggota Koperasi yang mendapat perkhidmatan pemfaktoran mengemukakan inbois bernilai RM100,000.00 kepada Koperasi lengkap dengan Nota Hantaran yang ditandatangani oleh Jabatan/Agensi Kerajaan yang mengesahkan penerimaan bekalan tersebut.

Koperasi membayar wang pendahuluan 80% dari nilai inbois dan Rezab 20% akan dibayar selepas pembayaran sepenuhnya diterima dari Jabatan/Agensi Kerajaan berkenaan.

Contoh pengiraan kaedah pemfaktoran adalah seperti di bawah :-

Nilai Invois : RM100,000.00
*Tempoh Pembayaran : 60hari
Wang Pendahuluan : 80%
Rizab : 20%
Margin Keuntungan : 8%setahun
Caj Proses : RM100.00
Kiraan Bayaran Wang Pendahuluan
Wang Pendahuluan
:
RM100,000.00x80%= RM80,000.00
TolakBayaranCaj Proses
:
RM100.00
Tolak Duti Setem (0.5%)
:
0.5% X RM100,000.00 = RM500
RM79,400.00
Kiraan Keuntungan Koperasi
 RM100,000 x 8% x *60/365 = RM1,315.00
Nota :* - Tempoh pembayarandikira berdasarkankepadabilanganhari dari bayaran wang pendahuluan sehingga Jabatan / Kementerian / Amanah Ikhtiar Malaysiamembuatbayaran ke Koperasi Sahabat.
Kiraan Pulangan Balik  RM20,000.00 (20%) – RM1,315.00 = RM18,685.00
4. Fi Dan Caj
 Duti setem  :  MengikuAkta DutSete194(semakan1989)
 Caruman Tabung Khairat Hutang  :  Tiada
 Fi pemprosesan    :  RM100.00
 Fi Guaman  :  Mengikut ketetapan pihak peguam panel
5. Syarat Permohonan
Syarat Permohonan
  1. Anggota Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad.
  2. Jumlah saham minimum mestilah RM1,000.00 [Keputusan Jawatankuasa Pelaburan Ke-3, Bil 1/2014]
  3. Tidak muflis bagi pemohon.
  4. Tiada rekod tindakan undang-undang dikenakan ke atas pemohon dari mana-mana bank, agensi, syarikat dan individu berdasarkan semakan laporan kredit kewangan di RAM Credit Info (RAMCI) - [Keputusan Jawatankuasa Kecil Pembiayaan Bil 21/2014]
  5. Kadar kehadiran ke Mesyuarat Pusat AIM sekurang – kurangnya 70% bagi SAHABAT AIM.
  6. Mempunyai projek berdaya maju dan projek tersebut sebelum ini dibiayai oleh AIM bagi SAHABAT AIM
  7. Syarikat Sdn Bhd / Perniagaan Tunggal / Perkongsian yang mempunyai rekod baik dan aktif beroperasi. 
  8. Bertanggungjawab membekalkan barang / perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan.
  9. Menerima Pesanan Belian daripada pelanggan.
  10. Diberikan kontrak kerja dan penghantaran kelengkapan.

Nota : Pelanggan terdiri daripada Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan Amanah Ikhtiar Malaysia.