Perladangan

PERLADANGAN
GEMALAI PLANTATION SDN.BHD
LADANG GEMALAI DI GUA MUSANG, KELANTAN
 
Bidang perladangan kelapa sawit merupakan salah satu cabang pelaburan yang telah diterokai oleh Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad. Hasil penelitian dan penyelidikan berkaitan bidang ini, pihak Koperasi mendapati bidang perladangan kelapa sawit boleh berkembang dan mendatangkan keuntungan kepada pihak Koperasi.
 
Pemilikan Gemalai Plantation Sdn Bhd bermula dengan pembelian dari pihak FKH Holding pada 26 Mac 2014 dengan pelaburan sebanyak RM59,535,000.00. Pembelian ini melibatkan pembelian 100% pegangan saham termasuk aset sedia ada seperti traktor, kenderaan, bangunan pejabat, kuarters kediaman dan juga dua buah bangunan sarang burung walit. Pemilikan tanah ini adalah pajakan dari pihak Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN), dimana pajakan ini adalah selama 66 tahun dan 33 tahun sebagai pajakan tambahan menjadikan keseluruhan pemilikan pajakan tanah ini adalah selama 99 tahun dimana akan berakhir pada tahun 2016
 
Ladang Gemalai Plantation Sdn Bhd ini terletak di Lot PT4015, PT 4016, PT 4017 dan PT 4014 (Daerah Chiku, Gua Musang, Kelantan. Keluasan keseluruhan ladang ini adalah seluas 2,430.71 ekar bersamaan  983.3 hektar dan pecahan kawasan adalah seperti berikut:-
 
 DIVISION HEKTAR  EKAR CATATAN 
DIVISION A 643.8 1,591.47 LOT PT 4014, PT 4015, PT 4017
DIVISION B 339.5 839.24 LOT 4014
JUMLAH 983.3 2,430.71  
KETERANGAN
  1. Mula beroprasi pada September 2014
  2. Seluas 2,430 Ekar (10% Masih hutan), Usia Pokok 5-7 Tahun
  3. Pembelian Ladang RM59.5 Juta
    Pinjaman Bank RM35 Juta
    Peruntukan Kos Operasi RM1.5 Juta
  4. Pendapatan (Januari - September 2015) = RM2.76 Juta
  5. Sebagai 'track record'
    Keupayaan Koperasi Menguruskan Ladang