Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-3, 2016

PENGENALAN

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-3, 2016
 

Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad ataupun Koperasi Sahabat telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-3 Tahun 2016 pada 21 Ogos 2016 yang lalu bertempat di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 222 orang perwakilan dari seluruh negara termasuklah Ahli Lembaga Koperasi yang sedia ada. 

MAPT 2016 ini juga telah dihadiri 2 orang wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iaitu Puan Junaidah binti Ramli dan Puan Masnormawati binti Husain serta wakil daripada Jawatankuasa Audit Dalaman iaitu Puan Nor binti Othman dan Juruaudit Luar dari Jamal, Amin & Partners iaitu Cik Norhuda binti Harun dan En. Mohd Sahid bin Idris. Wakil dari SKM dilihat aktif memain peranan sepanjang berlangsungnya mesyuarat ini dengan memberikan beberapa pandangan serta cadangan kepada ahli mesyuarat dari perspektif SKM.


MAPT 2016 telah dimulakan dengan penyerahan sijil watikah perlantikan perwakilan kepada semua perwakilan. Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan agenda perlantikan pengerusi mesyuarat dan setiausaha mesyuarat. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Che Mahdi bin Idris dan Puan Saidatul binti Shaari pula sebagai setiausaha.


Laporan lembaga pula telah dibentangkan oleh Pengerusi Lembaga sendiri iaitu YBhg. Datuk Dr. A. Manaf bin Hussin. Pengerusi lembaga telah membentangkan 3 fasa yang dilalui Koperasi Sahabat iaitu bermula dari fasa yang pertama semasa penubuhan awal diikuti fasa kedua iaitu fasa dimana pemantapan hala tuju dan pengukuhan koperasi serta diakhiri fasa ketiga iaitu menuju kejayaan menjelang tahun 2020. Koperasi Sahabat sememangnya sudah berada di landasan yang betul dengan pengiktirafan oleh SKM sebagai antara 10 profil koperasi terbaik peringkat Wilayah Persekutuan dengan menduduki tangga keenam sempena Hari Koperasi Negara 2016 peringkat Wilayah Persekutuan pada 21hb Julai 2016 baru-baru ini.


YBhg. Datuk Pengerusi turut membentangkan laporan dan penyata kewangan teraudit bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2015. Belanjawan tahun 2016 juga turut dibentangkan di dalam mesyuarat dan telah mendapat persetujuan dan pengesahan dari perwakilan. Mesyuarat juga telah meluluskan cadangan pemberian dividen sebanyak 5% kepada semua anggota yang disahkan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2015.


MAPT kali ini juga telah menyaksikan perlantikan beberapa orang Ahli Lembaga yang baharu selari dengan penambahan Ahli Lembaga Koperasi Sahabat kepada 15 orang. Manakala AIM telah bersetuju untuk melantik semula 3 orang Ahli Lembaga AIM untuk menerajui Koperasi Sahabat dengan jawatan sedia ada iaitu YBhg. Datuk Dr. A. Manaf Hussin sebagai Pengerusi, YBhg. Dato’ Haji Mohamad Shahaimi Othman sebagai Setiausaha dan YBhg. Datuk Haji Yusoff HM Haniff sebagai Bendahari.


Pengundian bagi pemilihan Ahli Lembaga Koperasi yang baharu serta menggantikan 1/ 3 ALK yang telah mengosongkan kerusi bagi sesi kali ini. Pengiraan undi dilaksanakan dengan pemantauan oleh wakil SKM, Jawatankuasa Audit Dalaman serta Setiausaha Koperasi. Hasil pengiraan undi, calon-calon yang berjaya menjadi ALK bagi sesi 2016/2017 adalah sebagaimana berikut:-

BIL NAMA NEGERI
KAKITANGAN AIM
1 En Ya’acob bin Omar KL / Selangor
SAHABAT AIM
2 Puan Fatimah binti Ismail Terengganu
3 Puan Niti binti Rosli Sarawak
4 Puan Hartati binti Abdul Jalil Negeri Sembilan
5 Puan Rodziah binti Hasanuzin Pahang
6 Puan Misbah binti Azudin Kedah

Tahniah diucapkan kepada kesemua Ahli Lembaga Koperasi sesi 2016/2017 yang baharu dilantik.

Mesyuarat turut menerima, membincangkan dan membahaskan beberapa usul yang dibawa oleh para perwakilan. Mesyuarat berjalan seperti yang dirancang dan ditangguhkan pada jam 1.45 petang.