Jaringan Peniagaan Koperasi

KOOP SAHABAT MENGEMBANGKAN JARINGAN PERNIAGAAN DI BIDANG PELANCONGAN  
MEMETERAI PERJANJIAN BERSAMA SEMENYIH ECO VENTURE RESORT & RECREATION

Koperasi Sahabat pada masa kini telah mempunyai sebuah hotel iaitu Carlton Holiday Hotel & Suites di Shah Alam dan rangkaian perniagaan Koperasi Sahabat dalam bidang pelancongan akan semakin meluas melalui perjanjian persefahaman bersama Semenyih Eco Venture Resort & Recreation yang terletak di Semenyih, Selangor ini.

Satu majlis ringkas menandatangani perjanjian persefahaman ( MOU ) di antara Semenyih Eco Venture Resort & Recreation (SEVRR) dan Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koperasi Sahabat) telah diadakan pada 10 haribulan Ogos 2016 di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam. MOU ini telah ditandatangani oleh Pengarah SEVRR, En. Muhammad Hazlin Bin Yang Razali dan En. Mazlan Bin Johari manakala Koop Sahabat diwakili oleh YBhg. Datuk Dr. A. Manaf Bin Hussin, Pengerusi ; YBhg. Dato’ Haji Shahaimi Bin Othman, Setiausaha dan YBhg. Datuk Haji Yusoff Bin HM Haniff Bendahari Koop Sahabat.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Ahli-Ahli Lembaga bersama pihak pengurusan Koperasi Sahabat serta YBhg. Datuk Stanley Chew Ketua Pegawai Operasi SEVRR.

Melalui kerjasama ini, Koperasi Sahabat akan membantu SEVRR mempromosikan kemudahan-kemudahan yang terdapat di SEVRR termasuk yang berkaitan dengan program latihan, mesyuarat, riadah dan jualan keahlian dan pakej SEVRR.

SEVRR turut menawarkan diskaun kepada semua Anggota dan kakitangan Koperasi Sahabat termasuk subsidiarinya, Sahabat dan kakitangan AIM serta pihak luar yang di bawa masuk oleh pihak Koperasi Sahabat seperti berikut: 

ITEM DISKAUN (%)
PENGINAPAN 20
SEMINAR 10
AKTIVITI / PERMAINAN 10
MAKANAN DAN MINUMAN 10
KAD KEAHLIAN 10
Koperasi Sahabat yakin melalui kerjasama ini pihak anggota Koperasi akan memperolehi kelebihan dengan mempunyai kemudahan untuk berekreasi mahupun mengadakan majlis-majlis istimewa seperti perjumpaan, hari keluarga dan sebagainya pada kadar diskaun yang lebih menjimatkan.