Kelebihan Menjadi Anggota

KELEBIHAN ANGGOTA

 

Koperasi Sahabat komited menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para anggota. Pelbagai program telah dijalankan bagi memastikan anggota dapat menikmati keistimewaan, ganjaran dan kelebihan sebagai anggota koperasi. Semua program ini dirangka dan dijalankan secara berperingkat sesuai dengan perkembangan dan kapasiti koperasi. Berikut adalah keistimewaan-keistimewaan menjadi anggota :-

KELEBIHAN KETERANGAN
DIVIDEN
TAHUN 2013 2014 2015
KADAR DIVIDEN 4% 5% 5%
DISKAUN PENGINAPAN
Anggota akan memperolehi diskaun bagi Perkhidmatan perniagaan Koop Sahabat seperti Hotel Carlton, Ar-Rahnu dan lain-lain
KEISTIMEWAAN ANGGOTA KOPERASI - 30% DISKAUN
DISKAUN AR-RAHNU BIRO GADAIAN Anggota turut mendapat kelebihan iaitu diskaun untuk upah simpan bagi urusan pajak gadai serta upah tukang bagi pembelian barang kemas.

TABUNG KUMPULAN

(Berkuatkuasa pada 12hb Oktober 2014)

TABUNG KEBAJIKAN KETERANGAN 
KHAIRAT KEMATIAN ANGGOTA Koperasi menjaga kebajikan anggota dengan memberi sumbangan RM250.00 kepada anggota yang meninggal dunia. 
KEBAJIKAN ANGGOTA  Koperasi peka dengan kesukaran yang dialami oleh anggota, maka anggota yang ditimpa kesusahan akan menerima sumbangan
  1. Bencana ke atas rumah kediaman atau premis perniagaan akibat tanah runtuh, kebakaran, ribut, gempa bumi dan malapetaka yang mendatangkan kemusnahan (SELAIN DARIPADA BANJIR).
  2. Sakit kronik yang dihadapi oleh anggota atau tanggungan; 

SAKIT KRONIK - sakit yang tiada harapan sembuh, tidak berupaya bekerja dan melakukan aktiviti harian seperti biasa dan memerlukan perbelanjaan perubatan yang tinggi dan telah mendapat pengesahan pakar perubatan.

GALAKAN PENDIDIKAN  Pendidikan adalah teras utama untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat. Koperasi memberikan sumbangan kepada anggota atas kecemerlangan akademik anak-anak mahupun anggota sendiri di dalam peperiksaan ataupun pencapaian akademik, Sumbangan diberikan atas kecemerlangan semasa :-
  1. SPM / SPMV / SMA - Minimum 8A
  2. Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia / STPM / STAM - Minimum CGPA 3.5
  3. DIploma (IPTA / IPTS) - Tamat pengajian dengan CGPA minimum 3.5
  4. Ijazah (IPTA / IPTS) - Tamat pengajian dengan CGPA minimum 3.5
SOSIO BUDAYA
Koperasi telah memperuntukan sebanyak 0.5% dari keuntungan tahun semasa untuk membiayai perbelanjaan Anggota-anggita Koperasi Sahabat yang ingin menubuhkan satu (1) kumpulan berzanji / marhaban / nasyid / selawat dan / atau apa-apa aktiviti kebudayaan masyarakat setempat.
 
(Maklumat lanjut sila hubungi PIhak Pengurusan Koperasi Sahabat)

KAD ANGGOTA
BANK RAKYAT
Pemilikan Kad anggota Bank Rakyat. Kad ini memberi diskaun untuk produk-produk Bank Rakyat yang terpilih seperti program kesetiaan dan privilege.
  1. Kemudahan Pembiayaan Perniagaan 
  2. Diskaun Penginapan di Carlton Hotel & Suites
  3. Diskaun Kadar Upah di Ar-Rahnu Biro Gadaian
  4. Pulangan Dividen
  5. Tabung Kebajikan 

MENGENAI KAD SAHABAT

CONTOH KAD SAHABAT IKHTIAR (DEBIT i-MASTER CARD)
kad anggota sahabat ikhtiar 2 kad anggota sahabat ikhtiar 3
Kad Sahabat Ikhtiar Debit i-Master Card adalah merupakan sebuah program Co-Branding di antara Koperasi Amanah Ikhtiar  Malaysia Berhad (Koperasi Sahabat) dan Bank Rakyat ("Bank")
BORANG PERMOHONAN KAD SAHABAT
pdf icon
Muat Turun Borang  Sila klik di sini
PANDUAN MENGISI BORANG
Panduan Mengisi Borang