Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2017 Koperasi Sahabat

MENGENAI

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (MAPT) 2017 KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD

Pada 6 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H yang lalu, Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-4 Koop Sahabat telah selamat dijalankan dengan jayanya di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam. Mesyuarat telah dihadiri oleh perwakilan seramai 212 orang dan 2 wakil pegawai dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu Pn. Nor Izzati Binti Mohd Isa, Penolong Pengarah Cawangan serta Pn. Nurfarizan Binti Maktar selaku Pembantu Cawangan Wilayah Persekutuan.

Agenda mesyuarat dimulakan dengan sesi pendaftaran perwakilan seawal jam 8.00 pagi dan diteruskan dengan pemilihan pengerusi iaitu En. Ya'acob Bin Omar.

Pengisian mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Laporan Lembaga oleh YBhg. Datuk A.Manaf Bin Hussin selaku Pengerusi Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad dan beberapa usul telah dibahaskan dari kalangan anggota dan berjaya diselesaikan tanpa sebarang percanggahan.

Mesyuarat diteruskan dengan sesi pengundian perlantikan calon baru Ahli Lembaga Koperasi bagi yang telah digugurkan dan akhirnya dilantik semula dari kalangan Sahabat adalah Pn. Hjh. Raimah Binti Jusoh, Pn. Hjh. Kaminah Binti Majalanchang dan Pn. Amizah Binti Kassim. Manakala bagi kalangan Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia pula, Tn. Hj. Che Mahdi Bin Idris telah digugurkan dan digantikan dengan En. Mohd Khairul Bin Dato' Amihamzah. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya.

Koop Sahabat ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj. Che Mahdi Bin Idris atas jasa dan komitmen tinggi yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau menjadi Ahli Lembaga Koperasi.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dan diakhiri dengan sesi bergambar. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan atas kerjasama dan sokongan kepada semua yang terlibat didalam menjayakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-4 ini.